Sejak adanya perkhidmatan e-hailing, orang ramai berpeluang untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menaiki kenderaan yang lebih selesa, tanpa perlu memandu sendiri.
Baru-baru ini seorang pengguna e-hailing membuat permohonan melalui aplikasi untuk pergi ke lapangan terbang KLIA dari sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Baca Juga:
- Pemandu e-Hailing Paksa Bayar Caj Tambahan Untuk Hidupkan ‘Aircond’ Terima Kecaman Netizen
- Pekerja E-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Berjaya Ditahan
- Remaja Cuba Tikam Pemandu E-Hailing Mengaku Tidak Bersalah
“Hanya ‘accept‘ Mercedes-Benz EQC sahaja,” tulis nota pengguna e-hailing itu.
Namun dia ditemplak orang ramai gara-gara cuma menawarkan kadar bayaran sebanyak RM44 sahaja walaupun jarak perjalanan menaiki SUV mewah itu kira-kira 60 kilometer.
“Nak naik Mercedes, tapi bayar harga Kancil,” komen ringkas & pedas daripada netizen.
Netizen menjelaskan harga SUV mewah itu sudahlah mahal, dengan kadar upah bayaran seperti itu pemandu bawah Perodua Axia ‘Rahmah’ (model paling asas) pun teragak-agak untuk menerima tawaran tersebut.
Tambah netizen lagi, sekiranya pemandu sudah memakai Mercedes, sudah pasti dia tidak akan membuat pekerjaan e-hailing tersebut.
Menjengah ruangan komen lagi, didapati ada salah seorang pemandu menerima permintaan pelanggan itu walaupun hanya menggunakan Perodua Bezza.
Menurutnya, pelanggan itu pergi ke dua lokasi dengan kadar bayaran RM75 sahaja, namun dia membayar lebih.
“Saya dapat pick up pelanggan ini, saya guna Bezza sahaja. Dia request dua lokasi yang tidaklah jauh. Jumlah perjalanan dalam RM75, tetapi dia bagi RM100.
“Alhamdulilah rezeki saya. Rezeki tidak salah alamat,” ujar seorang pemandu e-hailing tersebut.