Penyampai radio terkena, Tyzo akhirnya menamatkan spekulasi tentang masa depannya setelah meninggalkan Suria FM beberapa bulan lalu, di mana dia pilih IKIM FM.

Di mana Tyzo rasmi menyertai IKIM FM bermula pada 11 Mac ini.

Baca Juga:

Tyzo mendapat banyak tawaran daripada stesen radio lain. Namun dia memilih IKIM FM kerana menurutnya sudah tiba masanya untuk dia menyumbangkan bakat yang ada padanya kepada agama.

“Sudah tiba masanya untuk saya menyumbang kelebihan bakat dan kemahiran untuk agama dan negara,” kata Tyzo yang turut bertekad mahu menaikkan martabat IKIM FM, agar bukan sekadar menjadi stesen radio umat Islam, namun turut menjadi sumber rujukan pendengar.

Bercakap kepada Mstar Online, Tyzo menegaskan bahawa, hatinya mulai terbuka menyertai IKMI FM – stesen radio yang berbentuk Islamik – setelah dia mengerjakan umrah baru baru ini di Tanah Suci.

Tyzo menyahut cabaran yang nyata berbeza untuknya kali ini. Hal ini kerana konten dan juga genre IKIM FM benar benar berbeza daripada stesen radio beliau sebelum ini.

Namun Tyzo yakin pengalaman 21 tahun di dalam bidang penyiaran akan membantunya dalam perkara itu.

“Saya asyik teringat ingat dengan tawaran diberikan IKIM FM ketika di Makkah,” kata Tyzo selepas pilih IKIM FM berbanding tawaran lain.

“Selepas sekian lama lebih kepada hiburan, sekarang saya cuba berubah pula,” tambah beliau lagi.

IKIM FM membuat kejutan apabila mengumumkan nama Tyzo dalam majlis sempena penjenamaan semula IKIM FM serta pelancaran logo baharu stesen radio itu.

Tyzo akan digandingkan dengan Suffian Amrin dan Luqman Hakim dalam segmen Inspirasi Pagi setiap Isnin hingga Jumaat dari 6 hingga 10 pagi.

Ramai peminat mengucapkan tahniah kepada Tyzo.

‘Rezeki memang tak salah alamat’, kata seorang peminat beliau.