Demonstrasi di Indonesia semakin panas selepas salah seorang ‘rider’ meninggal dunia dalam satu insiden yang melibatkan anggota polis.
Affan Kurniawan meninggal dunia selepas dilanggar oleh kenderaan polis ketika tunjuk perasaan yang diadakan di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Baca Juga:
- Tunjuk Perasaan Rakyat Indonesia Di Jakarta, Ini Yang Ada Perlu Tahu

- Rasuah Kuota Haji, Lebih 8000 Jemaah Indonesia Berputih Mata

- Rakyat Indonesia Berjuang Untuk Tentera Rusia Parah Terkena Dron Ukraine

🇮🇩 #Indonesia: Major anti-government protests have erupted this week in Indonesia, with hundreds of students and workers marching through Jakarta demanding higher wages, lower taxes, and fairer economic conditions.
What began as a largely organised labour and student-led… pic.twitter.com/glh2VM3Yxg
— POPULAR FRONT (@PopularFront_) August 28, 2025
Pihak polis telah menahan seramai tujuh anggota yang menaiki kenderaan yang melanggar Affan ketika tunjuk perasaan.
“Kami masih menyiasat siapa yang memandu. Apa yang jelas ialah ketujuh-tujuh ini berada dalam satu kenderaan.
“Kami masih mencari tahu peranan mereka sebagai sebahagian daripada siasatan. Kami akan maklumkan nanti,” kata seorang wakil polis.

Keganasan Polis Terhadap Peserta Demonstrasi
Polis Indonesia cenderung menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi, menyebabkan kebencian rakyat negara itu terhadap polis terus memuncak.
Selain menembak peluru getah, mereka turut menggunakan gas pemedih mata bagi menghalau peserta tunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan ini diadakan dimana rakyat mempersoalkan mengenai kenaikan gaji dan elaun anggota DPR melebihi Rp100 juta sebulan.
Selain golongan profesional, demonstrasi kali ini turut disertai oleh mahasiswa yang mahukan perubahan segera dilakukan oleh Presiden iaitu Prabowo Subianto.