Penggunaan e-hailing di Malaysia boleh dikatakan sudah sebati dengan sebahagian rakyat negara ini yang tidak mempunyai kenderaan atau lebih selesa menuju ke sesuatu tempat tanpa membawa kenderaan sendiri.

Sehingga 7 Jun 2022, terdapat kira-kira 33 buah syarikat e-hailing yang telah dilesenkan oleh APD, antaranya ialah Grab, AirAsia Ride, MyCar, InDriver dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini sebuah Honda City dengan pelekat Gojek pada bahagian sisi kereta dilihat sedang melakukan penggambaraan di salah satu kawasan tumpuan ibu kota negara.

Beberapa gambar sempat dirakam pada petang Ahad baru-baru ini, ada sebuah 4×4 berwarna hitam yang telah diubah suai ‘mesra-shooting‘ untuk merakam Honda City ‘Gojek’ sambil diiringi oleh seorang polis trafik untuk menjaga lalu lintas semasa penggambaran itu berlangsung.

Adakah itu petanda awal Gojek bersedia mahu menawarkan perkhidmatan e-hailing miliknya untuk bersaing dengan pemain-pemain industri sedia ada yang sedang berusaha menawarkan servis yang terbaik kepada para pengguna?

Untuk makluman semua, syarikat berstatus ‘Unicorn’ dari Indonesia ini cukup dikenali dengan perkhidmatan seru-pandu bermotosikal. Bagaimanapun kini ia juga ada menawarkan servis seru-pandu kereta, GoCar sama seperti pelopor utama industri e-hailing dalam negara ini, Grab.

Setakat artikel ini ditulis tiada maklumat lanjut mengenai kehadiran Gojek seperti pernah diwar-warkan sejak tahun 2019 lagi.

Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan Gojek sekadar memilih bandar raya Kuala Lumpur sebagai lokasi penggambaran untuk ‘content marketing‘ media sosialnya.

Apa-apa pun kita nantikan perkembangan lanjut mengenai kehadiran Honda City ‘Gojek’ di ibu kota tempoh hari dari semasa ke semasa.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini YB Syed Saddiq pernah mencadangkan untuk memperkenalkan perkhidmatan Gojek di Malaysia. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

YB Syed Saddiq Cadang Mahu Memperkenalkan Perkhidmatan ‘Go-Jek’ Di Malaysia

Lelaki Ini Kongsikan Kesan Startup Tempatan Terhadap Kemasukan Go-Jek Ke Malaysia