Bekas menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia, Nadiem Makarim ditahan selepas beliau menjadi suspek kes rasuah laptop.

Nadiem, yang memegang jawatan menteri dari 2019 hingga 2024, didakwa menyalahgunakan kuasa ketika menetapkan spesifikasi perolehan pada tahun 2021.

Baca Juga:

Co founder Gojek itu menetapkan hanya komputer Chromebook yang layak ditender sekaligus menguntungkan pihak tertentu dan mengakibatkan kerugian negara dianggarkan 1.98 trilion rupiah (sekitar RM1.1 bilion).

Nadiem Makarim

Nadiem Makarim Terlibat Skandal Rasuah

Menurut Pejabat Peguam Negara (Kejagung), keputusan spesifikasi itu dibuat selepas Nadiem mengadakan enam pertemuan dengan wakil Google Indonesia.

Kes berprofil tinggi ini merupakan sebahagian daripada “Skandal Perolehan Chromebook” yang membabitkan bajet sekitar 9.9 trilion rupiah untuk tempoh 2019–2023.

Setakat ini, empat individu lain termasuk bekas pegawai khas kementerian telah turut ditahan.

Skandal ini dilihat mencalarkan imej Nadiem dan Indonesia khususnya dalam bidang teknologi.

Nadiem Makarim

Nadiem dilantik sebagai menteri ketika Indonesia berada dibawah kepimpinan Jokowi, dengan tujuan untuk reformasi sistem pendidikan di negara itu.

Makarim meninggalkan Gojek selepas beliau dilantik sebagai menteri. Gojek bergabung dengan syarikat permulaan e-dagang Tokopedia pada 2021 untuk membentuk GoTo Gojek Tokopedia, syarikat teknologi terbesar di Indonesia.