Adakah anda sudah terokai semua negeri di Semenanjung Malaysia? Percaya atau tidak bahawa anda boleh terokai Semenanjung Malaysia dalam masa 12 hari?

Seorang pengguna TikTok Hazwan Hafiz telah berkongsi bagaimana dia bersama kedua ibu bapanya terokai Semenanjung Malaysia dalam masa 12 hari dengan menaiki kereta.

Baca Juga:

Menerusi perkongsiannya, Hazwan mengatakan perjalannya bersama keluarga bermula di Kedah dan berakhir di destinasi sama dimana mereka tidak menggunakan lebuh raya terkenal tetapi memilih jalan lama.

Oleh itu, mereka dapat melihat keindahan banyak tempat. Difahamkan, perjalanan roadtrip mereka menelan belanja RM2,496 untuk perjalanan pergi balik.

Berikut adalah pecahan kos perjalanan mereka selama 12 hari:

Petrol – RM410 (menggunakan Honda City 2014 yang berusia satu setengah tahun).
Penginapan – RM1,163 (untuk tiga orang)
Makanan dan minuman – RM923 (untuk tiga orang)

Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terinspirasi mahu roadtrip terokai Semenanjung Malaysia.