Sebuah berita yang mengejutkan buat rakyat Malaysia apabila semalam dilaporkan angka kes COVID-19 kembali mencecah lima angka. Situasi yang berlaku secara tidak langsung membuatkan orang ramai risau sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dijalankan semula oleh pihak kerajaan.

Selain itu, terdapat juga pihak yang risau sekiranya sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini sekali lagi terhalang sekiranya undang-undang melibatkan perayaan atau rentas negeri dikuatkuasakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Harakah daily

Terbaharu, DG Hisham memaklumkan kes COVID-19 dijangka akan terus meningkat dan mampu mencecah 22,000 kes harian. Difahamkan penularan varian Omicron antara yang menjadi punca utama peningkatan kes mendadak bukan sahaja di Malaysia malah seluruh negara.

Sementera itu, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan angka kes COVID-19 harian dalam negara dijangka mencecah 15,000 dalam masa terdekat.

Setakat ini, masih belum terdapat sebarang pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan memaklumkan sedia memperketatkan SOP sekiranya angka kes terus meningkat dengan mendadak.

Sebagai rekod, negara luar turut terkesan dengan penularan varian ini di mana Singapura sekadar mencatatkan 344 kes pada 31 Disember 2021 manakala semalam negara ini mencatatkan angka kes lebih dari Malaysia iaitu sebanyak 10,390 kes.

Tular pada minggu ini apabila presiden PRESMA memaklumkan restoran mamak mungkin tidak lagi beroperasi 24 jam berikutan isu yang berlaku sepanjang pandemik COVID-19.

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup

Sampah Yang Ditinggalkan ‘Pengunjung’ Jadi Punca Sebahagian Lebuh Raya Bukit Kukus Banjir

Sumber