Korea Selatan menawarkan elaun sebanyak AS$500 sebulan atau bersamaan dengan RM2,300 untuk mereka yang ‘introvert’ atau selalu bersendirian untuk keluar bergaul dengan masyarakat.

Langkah yang sudah diperkenalkan sejak 2023 ini bertujuan untuk menggalakkan golongan muda yang berada di kawasan terpencil untuk kembali ke sekolah, mencari pekerjaan dan pulihkan kehidupan seharian mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Golongan muda yang merasakan diri mereka sunyi dan tidak ramai kawan berhak menerima elaun dengan syarat mereka berumur dari 9 hingga 24 tahun.

Golongan muda yang layak akan menerimanya dalam bentuk barangan atau wang tunai yang dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Jika mereka berumur di bawah 18 tahun, wang itu akan dihantar ke akaun ibu bapa atau datuk nenek mereka dengan persetujuan mereka.

Difahamkan bahawa seramai 338,000 orang berumur 19 hingga 39 tahun di Korea telah memilih untuk hidup dalam kesendirian dan tidak bergaul dengan masyarakat.

Mereka ini cenderung untuk tinggal sendirian di rumah selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun.

Untuk rekod, fenomena ini sama dengan apa yang sedang berlaku di Jepun, di mana jumlah anak muda yang mengasingkan diri dari masyarakat mencecah sekitar satu juta, menurut anggaran pegawai Jepun.

Ramai anak muda yang berada di kawasan terpencil berasal daripada keluarga miskin dan mula mengasingkan diri pada usia muda,

Difahamkan bahawa golongan ini mula mengasingkan diri akibat trauma, buli, tekanan akademik, konflik keluarga, atau kurang perhatian daripada penjaga atau ibu bapa mereka.

Dalam kajian kes yang disediakan oleh Kementerian Keluarga Korea Selatan, seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak disebutkan namanya berkata mereka mula hidup dalam kesendirian ketika berusia 15 tahun akibat keganasan rumah tangga.

Mereka menggambarkan diri mereka sebagai “lesu dan tidur sepanjang masa” dan hanya makan untuk terus hidup.

Sumber