Pada ketika ini, netizen didapati telah melancarkan satu gerakan di mana akan membidas influencer yang tidak cakna atau bersuara secara terbuka berhubung genosid yang berlaku di Gaza.

Ameera Khan baru-baru ini bukan sahaja menghadapi kritikan hebat kerana tidak bersuara mengenai krisis yang berlaku di Gaza, malah turut dikecam kerana mempromosikan jenama-jenama yang didakwa mempunyai kaitan atau sokongan terhadap Israel, melalui hantaran media sosial beliau.

Kecaman berganda ini telah meletakkan influencer tersebut di bawah tekanan tinggi daripada netizen yang menuntut penjelasan.

Oleh itu, dia langsung tampil memberi respon terhadap kecaman hebat yang diterimanya ekoran ‘kebisuan’ beliau menurut laman WOB.

Walaupun beliau memilih untuk berdiam diri, Ameera Khan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa sikap itu tidak sesekali bermaksud beliau berkecuali dalam isu tersebut.

“Kerja saya tidak mencerminkan pendirian saya terhadap isu kemanusiaan, dan ia tidak mengubah apa yang saya percayai, atau siapa yang saya sokong.”

Ameera turut meluahkan hasratnya untuk melakukan lebih banyak lagi, tetapi ketika hantaran itu dibuat, beliau hanya mampu mendoakan keselamatan kesemua yang berada di dalam Flotilla Sumud.

palestin
Sumber Gambar: Facebook GPM

Sebagai perkembangan terkini, kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan secara haram oleh tentera Israel telah pun diselamatkan. Menurut kenyataan kerajaan Malaysia, mereka dijangka kembali ke tanah air dalam beberapa hari lagi.

Sebagai perkembangan terkini, kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan secara haram oleh tentera Israel telah pun diselamatkan.

Mereka dijangka akan menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dahulu di Turki sebelum diuruskan kepulangan mereka ke tanah air dalam beberapa hari lagi, menurut kenyataan kerajaan Malaysia.

Berkenaan hal kerjayanya, Ameera turut mengingatkan bahawa pilihan profesional yang dibuatnya tidak seharusnya disalahertikan sebagai satu sikap tidak peduli atau pengabaian terhadap isu kemanusiaan.

“Kepercayaan dan kemanusiaan saya berdiri teguh bersama Palestin, sentiasa. Bebaskan Palestin, selamanya.”

'Diam Bukan Neutral' - Influencer Malaysia Balas Kecaman Netizen Susulan Didakwa Senyap Isu Palestin
Sumber Gambar: IG

Dalam satu lagi Instagram Story yang dimuat naik malam tadi, Ameera turut mengingatkan pengikutnya bahawa individu-individu yang berafiliasi dengan jenama-jenama tertentu sedang melakukan yang terbaik untuk menyokong kebenaran.

Beliau menambah, “Kami juga mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang perlu dipenuhi.”