Pelakon sensasi, Diana Danielle memuat naik status di Instagram miliknya menyatakan bahawa dia secara rasminya sedang berpisah dengan suaminya, Farid Kamil yang juga seorang pelakon dan pengarah popular.
Diana Danialle nekad akan memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya, Farid Kamil. Ianya selepas kira kira setahun pasangan itu rujuk semula sebelum ini.
Menurut Diana Danielle dia tidak mahu membahaskan perkara itu panjang lebar kerana Farid Kamil menurutnya seorang yang berjanji kosong sahaja dengannya.
Rata rata peminat Diana Danielle terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh artis itu.
Diana Danielle menulis di IG-nya: “Saya secara rasminya telah memutuskan untuk berpisah dengan suami saya dan akan memfailkan tuntutan cerai [daripada Farid Kamil].
“Saya tak akan jelaskan kenapa. Mungkin dia [Farid Kamil] jelaskannya seperti biasa. Dengan bawa bunga dan cincin dan janji janji kosong.
“Semoga hidup kamu bahagia.”
Dia kemudian mengingatkan Farid Kamil agar tidak memujuknya lagi.
Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga mereka pada November 2012. Dan pasangan selebriti itu sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sebelum ini pasangan itu pernah bercerai talak 1 pada Ogos tahun lalu. Kemudian memutuskan untuk rujuk kembali pada Ogos yang lalu.