Pejam celik pejam celik dah pun tibanya hari lebaran yang kita nantikan bersama-sama selepas sebulannya berpuasa di bulan Ramadan.

Team SEISMIK TV juga tidak ketinggalan dalam meraikan Hari Raya Aidlifitri ini bersama dengan menerbitkan sebuah rancangan bual bicara dan hiburan ‘Raya Hari Ini 2.0’ pada tahun ini.

Mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun 2021, rancangan Raya Hari Ini kini kembali lagi menemui anda semua yang kali ini dibawakan khas oleh foodpanda.

Pelbagai segmen menarik dibawakan khas kali ini dalam Raya Hari Ini 2.0

Kali ini, SEISMIK TV bawakan anda semua ikuti borak santai bersama-sama personaliti SEISMIK TV, ada juga game Challenge Jangan Sebut, Challenge Lawan Masak Rendang yang dibawakan khas oleh foodpanda, Non-Malays Cuba Buat Kuih Raya, Game Senduk Duit Raya dan banyak lagi.

Sumber Gambar: YouTube Seismik TV
Sumber Gambar: YouTube Seismik TV

Lihat juga bagaimana Raz bersama Nasha menentang Izzah dan Amat dalam Challenge Lawan Masak Rendang dengan barangan dibeli di pandamart.

Kesemua barangan yang mereka beli melalui pandamart juga nampak fresh dan disebabkan itu rendang dimasak pun dilihat sangat menyelerakan.

Jom kita layan sambil makan lemang. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua dan Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua!