Hari ini Perodua melancarkan model kereta elektrik (EV) pertama mereka yang dikenali sebagai Perodua QV-E.

QV-E yang bermaksud ‘Quest for Visionary-Electric’ berharga harga RM80,000 (harga runcit tidak termasuk insurans dan bateri).

Baca Juga:

“Pada masa ini, kami boleh mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan, tetapi kami akan menawarkan 3,000 unit kenderaan sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin
Ahmad.

Kereta EV pertama Perodua itu mempunyai panjang 4,170mm, lebar 1,800mm, tinggi 1,502mm, jarak roda 2,680mm dan berat 1,600kg.

Perodua dan Magna Steyr bersama-sama membangunkan platform serba baharu yang menyokong jenis badan kenderaan dalam segmen A hingga B.

Dibina Anak Malaysia, Perodua QV-E Dilancarkan, Harga Bermula RM80,000
Sumber Gambar: Perodua

Ia dikuasakan oleh bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW), kapasiti pemanduan 445 kilometer (NEDC). Bateri tersebut menyokong pengecasan AC 6.6kW. Sementara DC pula 60kW.

Pengecasan penuh dari 0-100% AC mengambil masa 8 jam. Sementara DC pula mengambil masa 30 minit dari 30-100%.

Bahagian dalam kereta dilengkapi cermin belakang digital, Rotary Gear Shift Knob, Power Driver Seat, paparan skrin Head Unit 10.25-inci dan hiasan lampu ambient.

Selain itu ia juga pengecas telefon wireless, sistem pemantauan tekanan tayar, steering duo-spoke, butang SOS Call dan Pengesan Kehadiran Kanak-kanak.

Untuk ciri-ciri keselamatan pula, Perodua Smart Drive Assist terdiri daripada Electronic Parking Brake (EPB), ABS with EBD & BA, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Adaptive Cruise Control (ACC), Traffic Jam Assist (TJA), Highway Assist (HWA) dan Autonomous Emergency Braking (AEB).

Ia juga memiliki ciri-ciri lain seperti Forward Collision Warning (FCW), Blind Spot Detection (BSD), Lane Departure Warning (LDW), Lane Keep Assist (LKA), Auto High Beam (AHB) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Pajakan bateri kereta

Dalam pada itu, sedar kebimbangan orang ramai tentang bateri kereta EV, Perodua memperkenalkan konsep pajakan bateri yang dikenali sebagai ‘Battery as a Service’.

Ia dijual secara berasingan dengan kereta pada harga langganan RM275/sebulan.

QV-E didatangkan dalam dua warna iaitu ‘Ice Blue’ dan ‘Caviar Grey’.

Model EV pertama tempatan itu boleh dilihat dengan dekat di beberapa cawangan Perodua terpilih.