Sebut mengenai Isa Isarb pasti pengguna media sosial mengenalinya. Berjaya menjadi YouTuber serta sering kali terlibat dengan kontroversi membuatkan nama beliau kerap menjadi sebutan ramai.

Terbaharu, nama Isa Isarb sekali lagi trending. Walau bagaimanapun, isu pada kali ini bukan melibatkan diri beliau sebaliknya abang beliau sendiri.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Thalia Rasul, beliau telah memuat naik posting memaklumkan abang Isa Isarb yang dikenali sebagai Barikul culas membayar bil elektrik sebanyak RM12,000 di premis kakak beliau.

Bukan itu sahaja, difahamkan perjanjian rumah sewa juga dikatakan menggunakan perjanjian palsu. Wanita ini turut memaklumkan telah mendapatkan khidmat peguam setahun yang lalu namun masih belum berkesudahan.

Tambah wanita ini lagi, difahamkan abang Isa Isarab telah menggunakan premis kakak wanita ini sebagai tempat NGO. Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian netizen yang nyata terkejut dengan jumlah bil elektrik yang didakwa serta mencadangkan wanita ini membuat laporan polis.

Sumber: Facebook Thailia Rasul
Sumber: Facebook Thailia Rasul

Sehubungan dengan itu, difahamkan wanita ini mahu isu melibatkan bil elektrik tertunggak ini segera diselesaikan bagi memudahkan kedua-dua belah pihak.