Sekali sekala apa bila scroll TikTok, pasti Live Hafiz Oon Jun Seong atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Bentong Hafiz Oon’ akan keluar pada skrin telefon pintar anda.

Baru-baru ini perkongsiannya di TikTok @mrbentonghafizoon telah meraih perhatian ramai apabila beliau membayar zakat perniagaan sebanyak RM4 juta untuk tahun 2023.

Baca Juga:

Menerusi video berdurasi 1 minit lebih itu, usahawan air jus halia tersebut telah membayar zakat perniagaan untuk negeri Pahang sebanyak RM2 juta dan RM2 juta lagi untuk Wilayah Persekutuan.

@mrbentonghafizoon

Alhamdulillah Ya Allah, selesai chapter tahun 2023 #hafizoonmrbentong #mrbentonghafizoon #serbukhaliamb #tehhaliamb #enzymehaliamb #madujantanmb #asamhaliamb #minyakhaliamb #mbmrbentong #mrbentong #haliamb #hafizoon #mrsotongbentong #adaminumadasihat #fyp #tiktokshop #viralmrbentong #haliamrbentong #tehhaliaviral #serbukhaliaviral #enzymehaliaviral #enzymehaliamrbentong #madujantanmrbentong #haliamrbentong #enzemhafizoon #majanhafizoon

♬ Thank You Allah – Maher Zain

Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, ramai memuji usahawan itu yang berjaya mengeluarkan jumlah zakat perniagaan sebanyak itu.

Pada masa sama, orang ramai mendoakan kesejahteraan buat Hafiz agar beliau dimurahkan lebih banyak rezeki untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mempersoalkan apakah keperluan untuk berkongsi video tersebut, seolah-olah ‘menunjuk’ kepada orang ramai.

Sehubungan dengan itu, Hafiz tampil memberikan penjelasan berhubung video yang dimuat naiknya itu.

Sumber Gambar: TikTok @mrbentonghafizoon
Sumber Gambar: TikTok @mrbentonghafizoon

Menerusi temu bual bersama mStar, Hafiz menyatakan video tersebut bukanlah untuk menunjuk, sebaliknya beliau berharap video tersebut dapat menarik lebih ramai peniaga muslim untuk membayar zakat.

“Sebenar zakat ini, kalau kita kongsikan kita bayar zakat, kita dapat tarik lebih ramai peniaga-peniaga muslim untuk mengeluar zakat.

“Itu juga apa yang pegawai-pegawai zakat beritahu kepada saya,” kata Hafiz.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi perubahan yang dialami setelah mula membayar zakat perniagaan.

“Kali pertama saya membayar zakat sebanyak RM1,000, saya rasa hati saya semakin terbuka untuk berkongsi rezeki.

“Selepas itu rezeki saya semakin melimpah ruah, bagi sayalah. Saya dapat rasa benda itu. Dalam masa setahun ini untung yang sangat banyak, saya rasa why not keuntungan yang lebih ini jangan guna pada diri sendiri sahaja tapi kongsikan pada orang luar supaya ramai dapat manfaat,” ujar beliau.

Menurutnya, selepas membayar zakat perniagaan bermula RM1,000, kemudian beberapa lagi zakat sehingga berjumlah RM4 juta, beliau sendiri rasai bisnes air jus pati halia semakin berkembang maju.

“Selepas pemberian zakat yang begitu banyak, semakin ramai cari saya. Bisnes saya semakin maju tanpa sedar.

“Jadi saya rasa berkongsi rezeki ini tak rugi. Betul-betul tak rugi, ramai yang dapat manfaat,” kata Hafiz.

Dalam video temu bual itu juga, Hafiz mengambil peluang untuk menjelaskan kontroversi yang dicetuskan netizen.

Ramai yang membuat andaian salah terhadap usahawan itu seperti mendakwanya menipu harga modal. Pada masa sama ada yang membuat kira-kira jumlah jualan serta anggaran jumlah keuntungan berdasar jumlah zakat RM4 juta itu.

“Sebenarnya jumlah hasil jualan adalah satu isu sensitif. So, saya tak nak share pun. Jadi apa mereka (netizen) komen itu adalah salah.

“Tak semestinya kita bayar kadar minimum pembayaran zakat yang dikenakan. Saya sebenarnya bayar lebih daripada kadar minimum itu.

“Yang mereka buat anggaran kira-kira itu tak patut. Ia akan mencetus kontroversi,” jelasnya.

Hafiz berharap netizen dapat berhenti daripada terus berkongsi komen yang boleh mengeruhkan keadaan dan menyebarkan salah faham kepada orang ramai.