Pada tiga tahun lalu, dua anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Jeffrey Jins dan Hang Tuah telah memfailkan saman terhadap anak ketiga arwah, Putera Hang Jebat atas dakwaan memalsukan dokumen surat wakil sebidang tanah seluas 0.265 hektar yang terletak di Kampong Pasir, Gombak.

Menurut laporan, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Surat Wakil Kuasa itu sah, seterusnya menolak tuntutan dibuat oleh Jeffrey dan Hang Tuah pada Jumaat lalu. Putera Hang Jebat menyifatkan kemenangan itu dapat membersihkan nama ahli keluarganya termasuk arwah bapa, ibu dan adiknya, Putera Hang Nadim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya bersyukur membuktikan tuduhan Jeffrey dan Hang Tuah mendakwa saya memalsukan tandatangan arwah ayah ketika penjualan tanah seluas 0.265 hektar pada 2015 tidak benar.

“Kemenangan ini dapat membersihkan nama saya dan ahli keluarga yang tercalar selepas pelbagai fitnah serta maki hamun dilakukan dalam media sosial.” kata Putera Hang Jebat.

Putera Hang Jebat berkata, pertikaian mengenai penjualan tanah bernilai RM2.75 juta itu dibangkitkan Hang Tuah selepas pemergian arwah ayahnya dan Hang Tuah mendakwa Putera Hang Jebat meniru tanda tangan arwah bapa bagi membolehkan proses penjualan tanah tanpa pengetahuannya.

Menjawab isu pemalsuan tanda tangan, Putera Hang Jebat menjelaskan bahawa proses menjual tanah dilakukan ketika arwah bapanya masih sihat. Disebabkan tanah berkenaan belum ditukar nama, jadi arwah menandatangani Surat Wakil Kuasa dan itulah punca Jeffrey dan Hang Tuah menuduh saya meniru tanda tangan arwah.