Rapper dan komposer popular, Altimet sememangnya individu yang tidak asing lagi dalam industri rap tanah air. Berjaya menghasilkan pelbagai lagu buat diri sendiri serta rakan artis yang lain antara yang membuatkan beliau berjaya kekal dalam industri selama lebih dua dekad.
Sejak akhir-akhir ini, Altimet dilihat semakin aktif dalam politik tanah air di mana beliau turut menghasilkan lagu Aduh Malaysia yang turut dinyanyikan oleh parti politik di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Baca Juga:
- ‘Macam Kena Pukau Pun Ada’ – Tomok Terkilan Pelanggan Buat Onar Di Kedai Minuman Miliknya
- ‘Saya Tidak Mahu Hidup Susah’ – Wanna Ali Mahu Pilih Calon Suami Miliki Kewangan Stabil
Walau bagaimanapun, situasi politik semasa yang sedikit berbeza daripada sebelumnya membuatkan lagu Aduh Malaysia nyanyian Altimet semakin trending serta turut menjadi sebutan ramai di kalangan netizen.
Didakwa beliau semakin untung selepas lagu tersebut tular, Altimet menerusi laman Twitter tampil menjelaskan di mana beliau tidak mengambil royalti bagi lagu tersebut sebaliknya melepaskan semua royalti lagu tersebut kepada keluarga Allayarham Tan Sri P. Ramlee sebagai penghargaan.
Sebenarnya sy lepaskan semua royalti lagu ni ke waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee. 2022 antara tahun terakhir utk waris2nya dapat hasil harta intelek dia. Hak ni lupus 50 lepas pencipta meninggal. Lagi ramai org nyanyi lagi byk diorang dapat. So Terimalah kasih semua. 🫶🏽 https://t.co/DcCCkzhGPC
— Altimet.eth (@altimet) December 8, 2022
Apabila seorang pencipta meninggal dunia, hasil royalti harta intelek dia diberi ke warisnya, selama 50 tahun. Memandangkan Tan Sri meninggal 1973, tempoh waris2nya menerima hasil titik peluh kreatif Dia dah nak tamat. https://t.co/hiXpUnJduT
— Altimet.eth (@altimet) December 8, 2022
Beliau memilih untuk melepaskan semua royalti lagu tersebut kepada keluarga Allayarham Tan Sri P. Ramlee disebabkan keluarga legenda ini sekadar menerima royalti bagi 50 tahun bermula tahun 1973 dan bakal berakhir pada tahun 2023.
Benda ni dah lama rancang. Lagu siap 2016. Update sikit 2021/22. Sentimen rakyat kena pada masa ni. Allahyarham meninggal 1973. Apa lagi. Terima kasih semua yg viralkan lagu ni. Sy tak mampu balas jasa satu persatu. 🫶🏽
— Altimet.eth (@altimet) December 8, 2022
Altimet turut memaklumkan lagu tersebut sudah mulai dihasilkan pada tahun 2016 namun telah diberi kemas kini pada tahun 2021 dan 2022. Sentimen rakyat dengan lagu tersebut difahamkan sangat sesuai pada ketika itu.
Difahamkan semakin ramai individu yang menggunakan lagu tersebut, semakin tinggi royalti yang diterima kepada keluarga Allaryarham Tan Sri P. Ramlee kelak.