Rapper dan komposer popular, Altimet sememangnya individu yang tidak asing lagi dalam industri rap tanah air. Berjaya menghasilkan pelbagai lagu buat diri sendiri serta rakan artis yang lain antara yang  membuatkan beliau berjaya kekal dalam industri selama lebih dua dekad.

Sejak akhir-akhir ini, Altimet dilihat semakin aktif dalam politik tanah air di mana beliau turut menghasilkan lagu Aduh Malaysia yang turut dinyanyikan oleh parti politik di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, situasi politik semasa yang sedikit berbeza daripada sebelumnya membuatkan lagu Aduh Malaysia nyanyian Altimet semakin trending serta turut menjadi sebutan ramai di kalangan netizen.

Didakwa beliau semakin untung selepas lagu tersebut tular, Altimet menerusi laman Twitter tampil menjelaskan di mana beliau tidak mengambil royalti bagi lagu tersebut sebaliknya melepaskan semua royalti lagu tersebut kepada keluarga Allayarham Tan Sri P. Ramlee sebagai penghargaan.

Beliau memilih untuk melepaskan semua royalti lagu tersebut kepada keluarga Allayarham Tan Sri P. Ramlee disebabkan keluarga legenda ini sekadar menerima royalti bagi 50 tahun bermula tahun 1973 dan bakal berakhir pada tahun 2023.

Altimet turut memaklumkan lagu tersebut sudah mulai dihasilkan pada tahun 2016 namun telah diberi kemas kini pada tahun 2021 dan 2022. Sentimen rakyat dengan lagu tersebut difahamkan sangat sesuai pada ketika itu.

Difahamkan semakin ramai individu yang menggunakan lagu tersebut, semakin tinggi royalti yang diterima kepada keluarga Allaryarham Tan Sri P. Ramlee kelak.