Lebih setahun sejak wabak COVID-19 mulai menyerang, nampaknya wabak yang disahkan pandemik ini masih belum menunjukkan tanda pengurangan sehingga kini.

Terbaharu, wabak yang umum diketahui mudah merebak melalui cecair antara orang ramai dilaporkan melekat pada pemegang pintu Hospital Yongding di Suzhou, China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
f4d25c78-5bdf-445a-938d-bc071280780a
Sumber: globaltimes

Berdasarkan isu yang berlaku, pihak hospital telah memilih untuk menutup pengambilan pesakit baharu buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang risiko.

Bukan itu sahaja, mereka yang pernah memegang pemegang pintu berkenaan telah dikenakan ujian swab test. Setakat ujian yang dijalankan terhadap 121 individu yang mempunyai kontak rapat, kesemuanya disahkan negatif setakat ini.

Kes yang berlaku ini nyata menimbulkan panik buat orang ramai mengetahui wabak COVID-19 bukan sahaja merebak melalui manusia namun melalui barangan yang kerap disentuh.

Tular pada minggu ini apabila isteri Nazri Aziz tampil memberi penjelasan menjalani kuarantin di pantai persendirian setelah dituduh netizen tidak mengikuti SOP.

Ditegur Langgar Kuarantin, Isteri Nazri Aziz Jelaskan Aktiviti Dibuat Di Pantai Persendirian

‘Tiada SOP Pakai Glove’- Dato’ Sri Ismail Sabri Nafi Pemakaian Sarung Tangan Dalam SOP

Sumber