Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita seorang gadis sengaja sebar fitnah dengan mengatakan ayam goreng dibelinya di McDonalds berulat. Justeru itu, gadis tersebut bertindak memohon maaf atas perbuatannya itu.
Pihak McDonalds memandang isu yang dibangkitkan oleh gadis itu sesuatu yang serius kerana fitnah dilemparkan sedikit sebanyak mencemarkan nama baik McDonalds.
Oleh itu, pihak McDonalds dalam satu kenyataan rasmi semalam memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat termasuklah netizen yang ‘reposted or republished her article’.
Di samping itu, McDonalds turut menjelaskan bahawa keselamatan makanan adalah keutamaan yang menjadi kepentingan mereka dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka di seluruh negara.
Buat anda yang tertanya-tanya akan isu tersebut, anda boleh baca pada pautan di bawah ini.
Dakwa Ayam Goreng McDonalds Berulat, Gadis Ini Mohon Maaf Dan Akui Sengaja Sebar Fitnah
Status Biasiswa NASA Meragukan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar
Seperti Dalam ‘Catch Me If You Can’, Doktor Palsu Berkhidmat Di 16 Hospital Ini Hanya Lulus Darjah 5