Dunia media sosial tempatan baru-baru ini kecoh apabila seorang influencer terkenal bertindak berani menerjah beberapa lokasi *hotspot* yang didakwa ‘dikontrol’ oleh warga asing.
Namun, tindakan berani itu nampaknya memakan diri apabila beliau menjadi sasaran serangan siber secara besar-besaran.
Influencer berkenaan, yang popular dengan konten santai dan ‘satire’, mendakwa dirinya dihujani mesej berbau kebencian dan ugutan selepas memuat naik video pendedahan tersebut.
Kantoi Lokasi Hotspot: Pandan Mewah & Pasar Borong Selayang
Isu lambakan warga asing di kawasan tertentu memang bukan perkara baru, tapi tindakan influencer ini yang turun padang sendiri nyata membuka mata ramai pihak. Antara lokasi panas yang menjadi fokus utama terjahan beliau termasuklah:
* Pandan Mewah, Ampang – Kawasan perumahan dan komersial yang didakwa semakin padat dengan komuniti ini.
* Pasar Borong Selayang – Lokasi tumpuan ekonomi yang sering dikaitkan dengan monopoli perniagaan oleh warga asing.
Dalam video yang dikongsikan sebelum ini, beliau menunjukkan realiti sebenar suasana di sana seolah-olah sebuah ‘perkampungan’ mereka sendiri.
Pendedahan yang dibuat secara telus itu dipercayai telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak tertentu.
Dihujani Makian ‘Pukima Babi’ & Spam Call Tanpa Henti
Paling mengejutkan, influencer ini telah memuat naik beberapa keping tangkap layar di akaun Facebook miliknya sebagai bukti beliau diserang bertubi-tubi oleh netizen yang dipercayai daripada etnik Rohingya.
Serangan tersebut melarat sehingga ke ruang mesej peribadi (DM) dan aplikasi WhatsApp. Malahan, diikuti pula dengan spam panggilan yang dibuat oleh mereka dengan harapan untuk mengganggu hidupnya.

Bukan sekadar buli siber, perkara ini juga boleh ditakrifkan kepada ugutan secara halus terhadapnya.
Berdasarkan bukti tangkap layar yang dikongsi, akaun-akaun yang menyerang itu menggunakan profil yang merujuk kepada komuniti tersebut, hal ini yang menggunakan bahasa campuran yang kasar dengan ejaan yang tidak tepat .
Netizen Malaysia Tampil ‘Back Up’
Melihat situasi cemas yang menimpa influencer tempatan ini, netizen Malaysia tidak tinggal diam. Rata-rata rakyat tempatan tampil memberikan sokongan moral di ruangan komen dan memuji keberanian beliau menyuarakan isu sensitif ini.
Ramai yang meminta agar pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak polis mengambil tindakan tegas, bukan sahaja terhadap lambakan warga asing di lokasi tersebut, tetapi juga terhadap isu keselamatan siber dan ugutan yang diterima oleh rakyat tempatan.
Sehingga kini, hantaran influencer tersebut telah mendapat ribuan *shares* dan komen, menjadikannya salah satu topik paling hangat diperkatakan minggu ini.
Apa pendirian korang tentang isu ni? Wajarkah influencer teruskan konten terjahan sebegini demi kesedaran ramai, atau keselamatan diri perlu diutamakan dulu?