Amir Ahnaf menjawab kritikan ke atasnya selepas ada pihak mempersendakan dia bergelek sakan. Tariannya itu adalah untuk memperagakan produk diwakilinya.

Amir Ahnaf dituduh cuba menjadi Jungkook BTS dengan cuba menari  dan bergelek untuk mengekspresikan dirinya.

Baca Juga:

Ada yang berkata: “Bro ingat dia Jungkook tetapi bertukar menjadi JYP,” merujuk kepada persembahan terbaru JYP yang dianggap cringe.

Amir Ahnaf minta netizen faham apa itu seni untuk memahami apa yang cuba disampaikannya menerusi tarian itu.

Beliau berkata kepada Mstar Online: “Saya minta netizen buka minda sedikit untuk menerima seni ekspresi fesyen. Sebab yang berjoget depan kamera itu bukan Amir Ahnaf, itu cuma karakter yang saya bawakan.”

Seterusnya dia akur, mungkin sebab mukanya yang kurang jambu dan terlalu Melayu membuatkan ada netizen kurang senang.

Dia juga berpendapat peminat menuduhnya cuba menjadi Jungkook kerana gaya rambutnya yang ala ala artis Korea. Itu adalah idea penggaya rambutnya.

“Penggaya rambut menggayakan rambut saya ala ala Korea sikit.”

“Mungkin sebab itu netizen tak boleh terima muka Melayu membawa karakter seperti itu.”

“Cuba kalau muka saya jambu saya rasa mesti netizen ok,” tegas beliau lagi.

@ehmalaysia

‘Apabila saya sudah tiada, saya ingin diingati sebagai seorang yang baik, selalu mencuba yang terbaik untuk menjadi diri sendiri.” – @amir.ahnaff Konsep & Arahan Seni | @abidinkhairul Penyelaras | @frhnmdnr @eqa.zulkifli Video | @jbombxox @simon.tan_ Grooming | @tiarzainal Dandanan | @codychua menggunakan @schwarzkopfpro.my Pakaian | @leejeansmalaysia #EHMalaysia #EHTop20 #LeeJeansMalaysia #LeeDenimStyle

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Walaupun ramai yang mengecam, namun ada juga peminat setia Amir Ahnaf yang memuji tariannya.

Seorang peminat berkata: “Macam Jungkook siakk, fuyoo.”

Seorang lagi teringat kepada anak beliau yang pernah melakukan gaya seperti di dalam tarian itu: “Part lompat pusing tu tu anak aku buat, bila dia jadi ultraman.”