Pelakon sensasi Amir Ahnaf meminta maaf secara terbuka kerana babak panas yang dia lakonkan dalam drama Syurga Itu Tidak Mudah.

Amir Ahnaf adalah bintang baru yang meningkat naik. Lakonannya juga kerap mendapat pujian daripada ramai pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun kali ini, dia menerima kecaman, kerana ada adegan panas yang dianggap tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia.

Menurut Amir, dia sedar bahawa adegan tersebut menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Maka dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi di masa akan datang.

Amir Ahnaf menjadi bahan kecaman netizen selepas klip adegan yang dianggap berbaur lucah dalam drama itu ditularkan.

Dipetik dari Mstar Online, Amir Ahnaf berkata: “Saya sedar itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Saya akui silap dan mohon maaf di atas apa yang berlaku.”

“Saya akan perbaiki lagi dalam naskah akan datang, dan perkara sama tak akan berulang lagi.”

Ditanya sama ada dia sedar bahawa akan ada adegan seperti itu, Amir menyatakan bahawa dia tidak tahu skrip cerita tersebut macamana.

“Saya tak tahu skrip macamana. Mereka ada banyak draf cerita kan. Apa yang saya tahu, tajuk cerita, Syurga Bukan Mudah. Jalan cerita, dan pelakon pelakon.”

Amir Ahnaf kemudian menegaskan bahawa dia sendiri sebenarnya berat hati untuk melakukan babak panas tersebut namun dia menyatakan bahawa dia terpaksa melakukannya kerana sudah menandatangani kontrak.

Amir menegaskan bahawa keluarganya memahami tentang babak itu sebagai sebahagian daripada kerjanya. Sambil menyatakan babak tersebut diambil dengan ‘cheat shoot’ bukannya betul betul.

Dia menerima kritikan yang dilemparkan kepadanya. Dan berjanji akan lebih teliti dan selektif dalam pemilihan drama atau skrip di masa akan datang.

@ohbulanofficial

Cheat shoot la guys 🤭 #ohbulan #sembangentertainment #amirahnaf #cheatshoot

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!