Amir Ahnaf tampil membawa lagu BTS – ‘Butter’ dalam pentas final All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada hujung minggu lalu.
Di mana pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf bergandingan dengan Nabil Ahmad untuk menghiburkan para peminat yang hadir dalam konsert final itu.
Baca Juga:
- Dikecam Kerana Bergelek, Amir Ahnaf Nasihatkan Netizen Buka Minda Tentang Seni Eskspresi Fesyen
- Penangan Jung-Kook BTS, Keranda Dalam Muzik Video ‘Seven’ Laris Terjual
- ‘Army Too Much’ – Peminat Doa Dijodohkan Ahli Kumpulan BTS Sambil ‘Tayang’ Gambar Di Hadapan Kaabah
Namun persembahan Amir Ahnaf dikritik peminat Kpop sebagai merosakkan lagu tersebut. Di mana pada satu ketika dia tercekik ketika ‘tarik’ lagu tersebut.
Fatin menulis: “Bait rap tak boleh cari makan la begini kalau seperti lagu ni, hancur.”
rap line tak boleh carik makan lah gini kalau ghupe lagu ni😂 hancussss https://t.co/cNcnEJP3VM pic.twitter.com/SrL9Kqmhb5
— fatin🍉 (@fatinarozi98) December 10, 2023
Ada juga yang berkata mereka akan merampas mikrofon dari tangan Amir.
Qish berkata: “Kalau saya jadi hos, saya dah rampas mikrofon, biar saya saja yang nyanyi, sumbang pun tak apa.”
Kalau i jadi host, i dah rampas mic. Biar aku je nyanyi sumbang pun takpe
— QISH⁷ (@chimmyss) December 10, 2023
Mereka kecewa dengan Amir Ahnaf kerana menurut mereka lagu BTS adalah lagu Inggeris sepenuhnya dan bukan lagu Korea, itupun Amir masih gagal mempersembahkan lagu itu dengan baik.
Selain itu ada juga yang menganggap apa yang dilakukan Amir ini memalukan diri sendiri dan harus dihentikan. Sambil seseorang lagi menyebut dia tak sanggup nak buka audio pada video tersebut biarlah ianya kekal dimainkan tanpa bunyi.
Ini bukan pertama kali Amir Ahnaf menarik kecaman peminat Kpop. Sebelum ini dia pernah dikritik kerana menari dalam iklan sebuah jenama jeans.
Ketika itu dia dikatakan cuba menjadi Jungkook BTS namun realitinya hanyalah JYP – merujuk kepada persembahan teruk JYP baru baru ini.
Dikecam Kerana Bergelek, Amir Ahnaf Nasihatkan Netizen Buka Minda Tentang Seni Eskspresi Fesyen
Ada juga yang berharap Amir Ahnaf lebih selektif dalam mengambil tawaran persembahan selepas ini. Kerana ini boleh menjatuhkan reputasinya. Dia sudah memiliki kumpulan peminat yang kuat jadi tidak perlu untuk terlalu try hard mencari publisiti kata mereka.
Amir Ahnaf ni tak de job ke tengah buat publicity murahan. How do you downgrade yourself so bad when you're already so famous with a quite strong fanbase? 😅 https://t.co/7sos6ouQLX
— 🎧🤍 (@hazirahhfatahh) December 10, 2023