Manchester United turun menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025.
Out for the warm up! 🔥#MUFC || #MUTOUR25
— Manchester United (@ManUtd) May 28, 2025
Ini adalah aksi jelajah pasca musim oleh Man United ke Asia, dengan Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama mereka.
Perarakan Manchester United Depan Pavilion Bukit Bintang Meriah Disambut Ribuan Penyokong
United menurunkan skuad yang agak kuat dengan beberapa bintang utama mereka bermula meskipun kapten dan bintang utama mereka, Bruno Fernandes berada di bangku simpanan.
Our starting XI for today's game! 📋🔴#MUFC || #MUTOUR25
— Manchester United (@ManUtd) May 28, 2025
Minit ke-11 Nguyen Ha Long melakukan rembatan yang sedikit tinggi. Tidak lama selepas itu ASEAN All Stars melancarkan serangan lagi, kali ini Amani Aguinaldo gagal untuk mengawal ketepatan rembatannya.
Man United melakukan percubaan tepat pertama mereka menerusi Harry Maguire yang menanduk bola tepat ke tangan Khammai minit ke-25.
Daripada situasi tersebut Khammai terus melorongkan bola bahaya yang mencetuskan ancaman, kali ini Reyes merembat deras mendesak Onana melakukan tepisan, bola muntah, mujur tiada pemain All Stars melakukan susulan.
Kobbie Mainoo kemudian melakukan ancaman berturut turut ke gawan ASEAN All Stars namun masih gagal mendapatkan gol.
Kobbie comes close! #MUFC || #MUTOUR25
— Manchester United (@ManUtd) May 28, 2025
Pada masa kecederaan Dorgu melakukan rembatan deras yang diselamatkan Khammai.
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan antara kedua dua pasukan.
Pada separuh masa kedua, Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho antara bintang yang dimasukkan daripada bangku simpanan.
Kehadiran dua pemain tersebut memberikan lebih tenaga di barisan serangan United.
Namun begitu, pada minit ke-71, Maung Maung Lwin mengejutkan peminat Man United di Bukit Jalil dengan gol pendahuluan yang cantik.
Maung Maung Lwin melepasi perangkap ofsaid dan melepaskan rembatan kemas menewaskan penjaga gol veteran, Tom Heaton.
Manchester United kemudian bergelut untuk mencari idea menembusi skuad ASEAN All Stars yang bermain dengan sangat defensif.
Pada masa kecederaan 90+5 Jonny Evans melakukan bentesan penyelamat maruah United daripada kalah lebih banyak gol.
Tamat perlawanan, ASEAN All Stars menafikan Man United daripada menjulang Trofi Piala Cabaran Maybank 2025.