Bekas ketua pasukan kebangsaan Brazil, Neymar mengkritik pihak yang memanggil pemain itu sebagai gemuk selepas tular gambar terkini beliau di media sosial baru-baru ini.

Neymar ketika ini sedang menjalani proses pemulihan ekoran kecederaan Anterior Cruciate Ligaments (ACL) yang dialami ketika tugasan antarabangsa bersama Brazil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hadir ke parti hari jadi salah seorang legenda Brazil, Romario dan gambar terkini yang menunjukkan beliau berada dalam keadaan overweight telah beredar di laman media sosial.

Neymar
Soccer Football – Asian Champions League – Group D – Nassaji Mazandaran v Al Hilal – Azadi Stadium, Tehhran, Iran – October 3, 2023 Al Hilal’s Neymar scores their second goal Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS

Selepas gambarnya tular, ramai peminat yang menghina serta mempersendakan pemain itu kerana tidak menjaga berat badan malah ada peminat yang menulis karier Neymar sudah tamat kerana keadaan semasa beliau.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak tinggal diam dimana beliau kemudiannya memuat naik video di laman media sosial Instagram dan memberi respon terhadap hinaan dan kritikan yang dilontarkan kepadanya.

“Selesai berlatih hari ini. Berat badan saya adalah satu perkara yang indah. Gemuk? Saya rasa tidak!” katanya.

Neymar mengakhiri video yang dimuat naik dengan menunjukkan jari tengah dan memberitahu agar haters untuk menerima keadaannya.

Baru-baru ini, Al-Hilal mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Neymar dalam skuad yang menghadapi saingan musim 2023/2024. Perkara ini dikongsi oleh wartawa sukan Arab Saudi dimana sebab utama mengapa kelab itu menamatkan kontrak Neymar adalah kerana mereka baru menandatangani seorang pemain Brazil iaitu Renan Lodi.

Al-Hilal menandatangani Lodi dari Olympique Marseille dengan harga €23 Juta sekaligus menjadikan perbelanjaan kelab itu mencecah angka €376 Juta musim ini selepas mendapatkan beberapa pemain bintang lain seperti Rúben Neves, Kalidou Koulibaly, Yassine Bonou dan Aleksandar Mitrovic.

Kelab bimbingan Jorge Jesus itu perlu membuang satu nama pemain asing dari skuad mereka bagi memberi laluan kepada Lodi didaftarkan dan membolehkan beliau untuk beraksi dalam saingan liga.

Al-Hilal kemudiannya memutuskan untuk menamatkan kontrak Neymar dimana pemain itu akan didaftarkan semula pada musim hadapan selepas beliau pulih sepenuhnya dari kecederaan.