Pelakon, Faye Kusairi yang juga bergelar usahawan nasi ayam meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah individu yang melabel berniaga di tepi jalan ini tidak mempunyai standard seperti peniaga kecil-kecilan di luar sana.

Faye atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkata, ia adalah satu pemikiran cetek jika seseorang mempunyai perasaan malu disebabkan menjaja di tepi jalan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Bagaimanapun, Faye berkata bahawa dia bangga dapat berjumpa dan berkenalan dengan orang ramai ketika berniaga. Katanya lagi, melalui berniaga di tepi jalan jugalah dia dapat mengenali masyarakat setempat dengan lebih rapat.

“Menjaja tepi jalan tak ada standard. Tak malu ke niaga tepi jalan? Chill la. Cetek sangat pemikiran itu.

Tahu tak, bila saya berniaga macam ni dapat kenali masyarakat dengan lebih baik. Dan percayalah, ramai betul orang yang baik-baik belaka, yang sentiasa bersedekah, menginfaqkan hampir setiap minggu.

“Yang susah, yang senang. Ni semuaya saya anggap rezeki yang meluas bila berniaga di sini,“katanya.

Walaupun dikritik dan dikecam oleh segelintir individu, Faye tidak ambil kisah kerana beranggapan pintu rezekinya sudah tertulis dengan menjaja Nasi Lemak Ayam Bukit Antarabangsa.

Tambahnya, dia juga banyak mempelajari perkara baru pada setiap tahun dan bersyukur semuanya mendorong ke arah yang lebih positif.

“Walaupun ada la yang ‘sour’, yet still impak positif tu terlalu overwhelming.

“Syukur, Alhamdulillah, nak masuk 6 bulan dah dan saya masih di sini. Fokus pada bisnes sendiri dan melayan para pelanggan. Baik pelanggan tetap mahupun baharu,”ujar Faye.

“Apa pun, saya terima dengan hati yang ikhlas dan reda. Hanya Allah SWT yang tentukan perjalanan saya dan saya tetap akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. InshaAllah.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan telah menerima tempahan masakan nasi ayam untuk bulan Oktober nanti.

Dia juga sempat berdoa agar dirinya diberikan kesihatan, dipermudahkan urusan dan juga dimurahkan rezeki agar perniagaan akan berkembang dengan keredhaan Allah.