Penjaga gol Manchester United, Andre Onana memberi respons selepas beliau dilabel sebagai penjaga gol paling teruk dalam sejarah kelab itu.

United akan turun menentang Lyon dalam aksi suku akhir pertama saingan UEFA Europa League dan Onana terlibat dalam konflik bersama Nemanja Matic yang merupakan bekas pemain United.

Baca Juga:

Ia bermula dengan Onana mendakwa bahawa United ‘lebih baik daripada’ lawan mereka, dengan Matic membalas dengan jawapan kejamnya tentang dia lebih teruk daripada kebanyakan penjaga gol Red Devils.

Andre Onana Sindir Nemanja Matic

Andre Onana
Andre Onana

Onana telah menjelaskan komennya mengenai Lyon dan beliau turut menyebut tempoh lima tahun Matic tanpa memenangi sebarang trofi bersama United dalam catatan di laman X.

“Saya tak akan pernah tidak menghormati kelab lain. Kami tahu bahawa esok (Khamis) akan menjadi perlawanan yang sukar menentang lawan yang kuat.

“Kami memberi tumpuan kepada mempersiapkan diri untuk menampilkan persembahan yang akan membanggakan peminat kami.

“Sekurang-kurangnya saya pernah menjulang trofi bersama kelab terhebat di dunia. Ada yang tidak boleh mengatakan perkara yang sama,” tulis Andre Onana.

Andre Onana
Andre Onana

Matic sebelum ini memberi amaran kepada Onana agar berhati-hati dalam memberi kenyataan mengenai kelab lain kerana penjaga gol itu dianggap sebagai paling teruk dalam sejarah kelab.

“Onana, saya menghormati semua orang, tetapi untuk mengatakan itu, maka anda perlu memberi jawapan.

“Jika anda adalah salah seorang penjaga gol terburuk dalam sejarah Man United, anda perlu menjaga apa yang anda perkatakan.

“Jika David de Gea, atau Peter Schmeichel, atau (Edwin) Van der Sar berkata demikian, maka saya akan mempersoalkan diri sendiri.

‘Tetapi jika anda adalah salah seorang penjaga gol terburuk dari segi statistik dalam sejarah moden Man United, dia perlu menunjukkannya (mereka lebih baik) sebelum dia berkata.” kata Matic.