Shidee mengesahkan bahawa dia dan abang ipar bertengkar kerana insiden minta alih kaki.

Sebelum ini peminat hiburan tanah air digemparkan dengan berita seorang penyanyi legenda dilaporkan memukul abang ipar sendiri sehingga cedera dengan batang besi.

Baca Juga:

Dipetik dari sumber Mstar Online, Shidee – bekas peserta Gegar Vaganza – menceritakan, segalanya bermula apabila abang iparnya berang kerana menuduh kaki Shidee telah menghalang laluannya.

Abang iparnya meminta dia mengalihkan kakinya, namun Shidee tidak mahu melakukannya kerana dia tidak rasa kakinya menghalang laluan.

“Saya tanya dia kenapa saya kena alih kaki saya? Sedangkan dia masih boleh jalan?” tegas Shidee.

Ketika kejadian Shidee sedang menghafal lagu. Selepas tidak berpuas hati, abang iparnya telah memarahi Shidee. Maka berlaku pergelutan antara mereka.

Shidee tidak pasti tentang kecederaan yang dialami abang iparnya kerana dia tidak ingat dengan apa yang berlaku.

“Ketika bergaduh saya tak sedar apa berlaku, luka ke, patah, saya tak tahu,” tambah beliau.

Shidee menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pantas dan habis malam itu juga.

Dia kemudian hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan dan direman selama dua hari.

Shidee menganggap kejadian itu sebagai satu ujian sambil menepis dakwaan bahawa dia seorang yang panas baran sehingga menyebabkan abang ipar dia cedera.

“Demi Allah, saya tak salah, walaupun orang salahkan saya dan kata tak betul, tapi percayalah Allah lebih mengetahui,” kata Shidee lagi yang sedia untuk melupakan sengketa itu dan berdamai dengan abang iparnya.