Jika anda mencari pemain yang menghadirkan momen ‘clutch’ dalam bola sepak, Liverpool ada versi mereka tersendiri iaitu Diogo Jota.

Walaupun dia bukanlah sepopular bintang lain seperti Mo Salah di Liverpool atau Cristiano Ronaldo di Portugal. Namun sumbangannya dalam pasukan sangat penting.

Dia dianggap game changer oleh peminat Liverpool. Mampu menghadirkan plot twist yang tidak terduga dan tak terkira banyaknya.

Oleh sebab itu Jota memainkan peranan sangat besar dalam skuad Liverpool sejak menyertai mereka dari Wolves.

Dari Portugal ke Anfield

Jota lahir pada 4 Disember 1996 di Porto, Portugal, Diogo José Teixeira da Silva atau lebih dikenali sebagai Diogo Jota. Dia memulakan perjalanan profesionalnya dengan kelab kecil Paços de Ferreira.

Oleh kerana bakat luar biasanya, dia mulai menarik perhatian pemantau bakat daripada kelab besar di Portugal dan Sepanyol.

Pada 2016, beliau ‘dilamar’ oleh Atletico Madrid. Namun Jota tidak pernah membuat debut untuk kelab tersebut. Dia kemudian dipinjamkan ke Porto.

Prestasi di Porto membuatkan kelab yang digelar ‘mini Portugal’ oleh peminat EPL pada masa itu, Wolves telah mendapatkannya secara pinjaman dan kemudian menandatanganinya secara tetap.

jota wolves

Ini selepas Jota membantu mereka naik pangkat ke EPL. Dan tidak lama di Wolves, Jurgen Klopp tidak berlengah untuk menandatangani Jota.

Klopp menganggap Jota adalah ‘senjata rahsianya’. Kerana dia mampu bermain dalam banyak peranan yang diminta ketika kelab memerlukan seseorang pemain menukar permainan.

jota klopp

Klopp juga memuji Jota sebagai pemain yang memiliki penyudah luar biasa dan  sangat tenang di hadapan gol.

Ketika trio emas Liverpool, Mane-Firmino-Salah buntu, maka Jota akan ditagih kepakarannya untuk mengubah nasib pasukan. Dia memiliki penyudah yang tajam. Sesuai dengan tipikal pemain modern poacher.

Membuatkan Jota menjadi kesayangan peminat di Liverpool.

Terus menyinar di bawah Slot

Ketika era Arne Slot , dia menjadi antara pemain  terawal yang cepat beradaptasi dengan sistem Slot. Sesuai dengan kepakarannya bermain dengan banyak sistem.

Jota hanya disisihkan kerana kecederaan. Dan mustahil untuk Liverpool menjuarai EPL musim lalu tanpa Jota. Kerana pemain seperti Nunez tidak konsisten.

Diogo Jota: Kisah Perginya Sang Moden Poacher Dan 'Clutch Player'

Jota bukan sekadar pemain simpanan atau gantian. Dia lebih kepada pemain opsyen seterusnya untuk Liverpool. Oleh itu dalam masa 5 tahun di Liverpool, Jota membantu kelab itu menjulangg EPL, League, FA Cup dan dua kali EFL Cup.

Di Portugal, Jota juga menjadi pemain pasukan, sama seperyti di Liverpool. Jota berjaya menjaringkan 14 gol dari 49 penampilan dan jadi sebahagian skuad yang menjuarai UEFA Nations League sebanyak dua kali (2019 dan 2025).

Di luar padang Jota adalah seorang gamer yang terkenal dan seorang family man. Pemain yang tidak sukar keluar malam atau terlibat dengan kontroversi luar padang.

Jota malah pernah menjadi pemain no.1 dalam ranking permainan FIFA 21 dan memiliki pasukan e-sukan bernama Luna Galaxy.

Pada 22 Jun 2025, Jota sah jadi suami kepada kekasih lama yang sudah bersamanya lebih sedekad, Rute Cardoso. Mereka ada tiga anak. Dia juga sangat rapat dengan adik lelakinya, Andre Silva – yang turut main bola secara profesional.

Tragedi 3 Julai 2025

Pada pagi 3 Julai 2025, dunia bola sepak dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan. Diogo Jota dan adiknya maut dalam kemalangan ngeri di Zamora, Sepanyol.

Terkini: Diogo Jota Dilaporkan Meninggal Dunia, Terlibat Dalam Kemalangan

Ini apabilaLamborghini yang mereka naiki terbabas selepas pecah tayar dan terbakar. Tragedi  itu berlaku hanya selepas 11 hari majlis perkahwinannya.

Berita itu membuatkan peminat dan komuniti  bola sepak seluruh dunia sugul dan bersedih.

Ianya dianggap kehilangan besar untuk  dunia bola sepak. Dia disenangi kawan dan lawan. Bersemadilah Diogo Jota.