Pemain Chelsea memutuskan untuk menyumbang sebahagian dari bonus Piala Dunia Kelab kepada keluarga mendiang Diogo Jota.

The Blues muncul sebagai juara dunia pada bulan lalu dimana mereka menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) di perlawanan akhir.

Baca Juga:

Kelab Liga Perdana itu dianggarkan membawa pulang sekitar £85 juta selepas memenangi pertandingan itu.

Chelsea

Pemain Chelsea Beri Sumbangan Kepada Keluarga Diogo Jota

Skuad kendalian Enzo Maresca mendapat bonus $15.5m untuk diagihkan sama rata antara pemain yang mewakili kelab sepanjang Piala Dunia Kelab.

Bagaimanapun, selepas perbincangan antara kelab dan pemain, diputuskan bahawa bayaran yang sama juga akan dibuat kepada keluarga Jota, dengan jumlah derma sekitar $500,000.

Semasa kariernya, Jota mempunyai hubungan rapat dengan pemain Chelsea iaitu Pedro Neto, yang bermain bersamanya bersama Wolverhampton Wanderers dan pasukan kebangsaan Portugal.

Chelsea
Jota

Menjelang permulaan musim 2025/26, Liverpool mengumumkan rancangan untuk membina patung peringatan di Anfield sebagai penghormatan kekal kepada Jota.