Memiliki kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini merupakan salah satu impian buat sesetengah orang yang sudah berkerjaya.

Bagaimanapun, selalunya apabila sudah dapat kereta mewah tersebut dan kita semakin meningkat usia, kereta mewah itu sudah tidak membawa sebarang erti lagi.

Baca Juga:

Baru-baru ini ada seorang pemilik Ferrari mahu menjual keretanya. Namun selepas menemui Facebook Group ‘Swap Kereta Suka Sama Suka’, beliau mahu menukar kereta mewahnya itu dengan kereta EV model BYD Seal.

Diprovok Mahu 'Swap' Ferrari Dengan BYD Seal, Lelaki 'Humble' Ini Tenang Jawab Bersopan Santun
Sumber Gambar: Facebook ‘Swap Suka Sama Suka’

Dalam hantaran di Facebook tersebut, beliau sedia menukar kereta Ferrari miliknya dengan BYD Seal dan top up sebanyak lebih RM200,000 (jumlah masih boleh dibincang).

Awalnya netizen berasa sangat curiga dengan hantaran tersebut, sehingga merasakan tawaran itu olok-olok sahaja.

Ramai yang memberikan komen berbaur provokasi dan membuat tuduhan tentang kerjayanya, namun pemilik Ferrari itu tenang menjawabnya dengan sopan santun dan merendah diri.

Ketenangan lelaki itu dengan tidak memandang rendah terhadap orang lain membuatkannya dipuji orang ramai.

Sumber Gambar: Facebook ‘Swap Suka Sama Suka’
Sumber Gambar: Facebook ‘Swap Suka Sama Suka’
Sumber Gambar: Facebook ‘Swap Suka Sama Suka’

Ramai kagum melihat orang kaya harta, pada masa sama kaya adab budi pekerti.

Menerusi perkongsiannya yang terdahulu, antara beberapa sebab beliau mahu menjual kereta Ferari tersebut; mahu jual murah untuk beri peluang orang lain merasa, sebahagian hasil jualan akan diinfaqkan untuk tujuan pembangunan surau tempatnya dan sebahagian lagi untuk disumbang kepada dana bantuan Palestin.

“Saya takut ini jadi antara harta kena hisab sebab jarang guna (ada ustaz kata kalau jarang guna nanti kena hisab. Maaf kalau saya salah, saya masih jahil pasal ni,” kata pemilik kereta Ferrari tersebut.