Semalam tular di media sosial berhubung taktik terbaharu yang digunakan oleh scammer. Taktik terbaharu ini dilihat sangat licik dan merbahaya terutamanya golongan berusia.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh akaun @IniAlalalannn, kini terdapat seseorang individu yang tidak dikenali akan menghantar jemputan perkahwinan palsu dengan menggunakan APK menerusi aplikasi WhatsApp.
Baca Juga:
- Peminat Terhibur Dengan Cara Harith Iskander Layan ‘Scammer’ Yang Cuba Menipunya
- Netizen Terhibur Lihat Scammer Ini Cuba Jual PS5 Dengan Harga Bawah RM200
Difahamkan suspek akan menyuruh si penerima memuat turun fail APK bagi mengetahui nama pengirim kad jemputan berkenaan. Pengguna yang kurang arid mungkin menyangka ia hanyalah jemputan kad kahwin sebenar.
Realitinya, ia adalah fail palsu untuk mendapatkan data pengguna. Modus operandi sudah biasa digunakan oleh penjenayah seperti sebelum ini yang mana dapat memancing data bank sehingga mengalami kerugian besar.
Dengan memuat turun dan memasang aplikasi tidak sah yang bukan daripada gedung rasmi, anda sebenarnya telah membenarkan pembangun aplikasi berkenaan mendapat akses kepada peranti mangsa lebih-lebih lagi apabila memberikan kebenaran kepada semua akses.
Akibatnya, suspek mungkin memperoleh akses kepada nama pengguna, kata laluan dan tag SMS. Selepas mereka berjaya mengambil alih akses di peranti mangsa, akaun bank dan media sosial akan berpotensi untuk diceroboh juga.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk tidak mana-mana pautan atau memasang fail APK dari sumber yang tidak diketahui. Anda boleh melakukan laporan kepada pihak berkuasa menerusi talian 997 jika terdapat aktiviti yang mencurigakan.