Setelah sekian lama memperlihatkan model Saga baharu, PROTON mengumumkan harga rasminya.
Proton Saga 2026 ditawarkan dalam tiga varian.
Baca Juga:
- Spesifikasi, Gambar Penuh Proton Saga Serba Baharu Diperlihatkan

- YouTuber Lenjan Proton Saga Di Litar Lumba, Netizen Luar Berminat Nak Beli Sebab Terbukti ‘Perform’

- Tampilkan Pelakon Terkenal Mesir, Ini Iklan Proton Saga Paling ‘Action’

Untuk varian 1.5 Standard, harganya RM37,990. Sementara varian 1.5 Executive (RM43,990) dan varian 1.5 Premium (RM48,990). Kesemua harga itu sudah termasuk rebat RM1,000.
Susulan pelancaran rasminya, model Saga baharu menerima lebih 20,000 tempahan.
“Sambutan awal yang memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap rekaan yang diperbaharui, peningkatan prestasi dan ciri keterhubungan pintar, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon sebenar Malaysia,” kata Proton.
Dua ‘Diskaun Trade-In’ Proton Saga baharu

Bagi memudahkan pemilikan, PROTON memperkenalkan Pakej Pelancaran komprehensif. Pelanggan boleh memilih sama ada Pro-Trade-in, dengan sokongan overtrade sehingga RM1,500 untuk tukar beli kenderaan sedia ada.
Manakala Pro-Xchange pula menawarkan sokongan RM2,000 untuk pelupusan kenderaan tukar beli yang tidak lagi layak digunakan di jalan raya.
Sementara bagi pelanggan yang memerlukan pembiayaan, Pro-Finance menawarkan kadar pembiayaan menarik bermula dari 2.6%.
Semua tawaran ini sah untuk pelanggan yang mendaftar kenderaan mereka sehingga 31 Disember 2025.
Anda boleh baca spesifikasi penuh Proton Saga 2026 di sini.