Bapa kepada seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dirakam video memandu kereta mengaku dibicarakan atas pertuduhan cuai di mahkamah sesyen di sini hari ini

Tertuduh, seorang pemastautin tetap di Malaysia, mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Fuad Othman, petik Free Malaysia Today.

Lelaki itu didakwa mengabaikan dan mendedahkan anaknya kepada bahaya pada 28 Julai lalu di Taman Putra Impiana, Puchong.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda maksimum RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Nurul Farahin Sasaruddin memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000 tetapi peguam Nabilla Rosli memohon jumlah yang lebih rendah, berkata tertuduh adalah seorang jurujual permaidani kecil-kecilan dan mempunyai lima anak berusia 6 hingga 19 tahun.

Memetik laporan lagi, Fuad membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh diperintahkan melaporkan diri kepada polis setiap bulan dan tidak mendekati mana-mana saksi kes itu.

Fuad juga menetapkan 4 September untuk sebutan kes.