Tular satu klip video menunjukkan pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA membuat persembahan tarian ala dangdut arab di atas pentas dalam satu karnival baru-baru ini.
Sehubungan itu, penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama rakyat Kedah atas kontroversi tersebut.

Baca Juga:
- Bukan Lakonan, Diva AA Teruskan Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta Demi Kesedaran Semua
- ‘Nak Tercabut Kepala Orang Tua Tu’ – Aliff Syukri Dan Diva AA Bergaduh Tarik Rambut Di Singapura
- Miliki Suara Dan Gaya Yang Sama, Diva AA ‘Serang’ Diva BB Buat Netizen Keliru
Memetik Harian Metro, Maju Kedah Resources dalam satu kenyataan, berkata persembahan tarian ala dangdut selebriti itu bersama beberapa orang lelaki di atas pentas adalah di luar jangkaan pihaknya berikutan ia bukan salah satu daripada atur cara program.
Katanya, kehadiran selebriti adalah atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.
@saifulnizam769 Lain macam sambutan di bulan Ramadan ampa.. Kat mana ni?
“Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihak penganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu berkenaan.
“Perkara itu berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana Diva AA, Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi.
“Pihak Jawatankuasa Fiesta Raya Baling amat kesal di atas apa yang berlaku dan sekali lagi memohon maafkepada semua pihak yang terkesan dengan isu tersebut,” katanya.
Menurut kenyataan itu, susulan insiden terbabit, pihaknya menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden berkenaan.
“Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024.
“Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi,” katanya.