Penyokong bola sepak dari 5 negara ini, Senegal, Tunisia, CapeVerde, Ivory Coast dan Algeria diarah untuk membayar cagaran dalam bentuk bon visa sebanyak RM60,000 jika mahu berkunjung menyaksikan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat.
Ianya adalah satu lagi bentuk sekatan bukan skala penuh dikenakan pentadbiran Trump ke atas pelancong sukan dari negara lain yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat.
Sebelum ini rakyat dari negara Iran sudah dikenakan sekatan penuh daripada berkunjung ke AS, hanya pemain dan staf yang sudah melalui saringan dan semakan latar belakang yang ketat sahaja dibenarkan masuk ek AS.
Jabatan Negara Amerika Syarikat melalui program perintis Visa Bond yang diperkasakan lagi di bawah pentadbiran Trump telah mewajibkan rakyat dari Algeria, Senegal, Cape Verde, Ivory Coast dan Tunisia untuk membayar deposit sehingga $15,000 (kira kira RM60k) setiap seorang bagi visa pelancong B-1/B-2.
Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kes tinggal melebihi tempoh visa dan imigresen haram.
Polisi ini pastinya memberikan kesan kepada penyokong Piala Dunia dari negara-negara tersebut.
FIFA setakat ini hanya menekankan bahawa pengecualian diberikan kepada pemain sahaja. Perkara ini disahkan oleh laporan daripada portal The Athletic dan pegawai berkaitan.
🚨 JUST IN: The USA are demanding that fans from Algeria, Senegal, Cape Verde, Ivory Coast and Tunisia each have to pay a $15k deposit if they want to attend the 2026 World Cup.
The Trump administration says this is meant to "discourage illegal immigration." @TheAthletic pic.twitter.com/ET8HyshqA8
— Madrid Zone (@theMadridZone) March 25, 2026
Cagaran tersebut akan dipulangkan apabila individu tersebut meninggalkan negara itu mengikut garis masa yang sah.
Sebenarnya ada 50 negara yang berada dalam senarai polisi bon visa RM60,000 itu.
FIFA sebelum ini bimbang dengan kehambaran sambutan tiket Piala Dunia 2026 terutama sekali di AS. Ini kerana harga tiket yang terlalu mahal dikatakan telah membuatkan tiket dijual perlahan.