Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa agar umat Islam tidak dibenar sama sekali memasuki negeri itu ekoran kejadian tembakan di California membabitkan pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan Kumpulan Negara Islam (IS).

donald-trump
Indian Express

Mewakili Republikan, pasukan kempen Trump berkata larangan orang Islam memasuki Amerika perlu dikuatkuasakan 'sehingga wakil dari negara kita boleh memikirkan apa yang sedang berlaku'.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembantu Trump bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik apakah larangan itu turut dikenakan terhadap pelancong dan pendatang atau mensasarkan warga Amerika beragama Islam yang kini berada di luar negara.

Kenyataan kontroversi itu sekali lagi mengundang kritikan daripada pesaing Trump dengan Rumah Putih mengecam gesaan terbaharu Trump itu dianggap sebagai bertentangan dengan nilai yang diamal Amerika.

"Kami mempunyai undang-udang mengenai hak, menghormati kebebasan beragama," kata Ben Rhodes, pembantu dasar luar Presiden Barack Obama.

Sejak insiden serangan di Paris, Perancis dan disusuli kejadian dalam negara di California yang mengorbankan 14 nyawa, menyebabkan Trump semakin keras mengkritik dan mensasarkan orang Islam dalam kempen dan ucapannya.

Berikut pula adalah video yang disediakan oleh Associated Press sempena kempen beliau:

Sama-sama kita doakan Donald Trump kalah dalam kempen pilihanraya beliau.

BACA: Menerjah Penthouse Cristiano Ronaldo di Kota New York Yang Berharga RM75 Juta

BACA: Pengasas TheLorry Dedahkan Kegagalan Startup Pertama

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber