Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercadang untuk menukar terma soccer yang digunakan oleh negaranya kepada football.

Trump hadir ketika perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA antara Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) dimana beliau diberi tugas untuk menyerahkan trofi.

Baca Juga:

Donald Trump ‘Tebal Muka’

Presiden AS itu menjadi sorotan selepas beliau enggan turun dari pentas ketika pemain Chelsea mahu menjulang piala dimana beliau mahu ikut serta dalam perayaan itu.

Donald Trump
Selcuk Acar / Anadolu (Photo by Selcuk Acar / Anadolu via AFP)

Selepas perlawanan, pemain Chelsea mengakui mereka tidak menjangkakan presiden AS akan kekal bersama mereka.

“Saya tahu dia akan berada di pentas tetapi saya tidak tahu dia akan kekal di situ  apabila kami menjulang trofi. Saya agak keliru,” kata Cole Palmer.

Donald Trump
Kredit Foto: TIMOTHY A. CLARY / AFP

Ketika ditemu bual, Trump menegaskan dia boleh menulis perintah eksekutif menukar nama soccer kepada football.

Pewawancara bertanya: “Bagaimana jika kita membuat perintah eksekutif yang kita hanya boleh mengatakan football?”

“Saya fikir kita boleh melakukannya. Saya rasa saya boleh melakukannya,” katanya.