Baru-baru ini kerajaan sedia memberikan insentif eBeliaRahmah berjumlah RM200 kepada para pelajar IPTA yang terpilih. Memandangkan diberi dalam bentuk kredit, maka pelajar berpusu-pusu mahu ‘cash out’ untuk masuk ke dalam akaun peribadi.
Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri sedia memberikan penjelasan akan tindakan ‘cash out’ yang dilakukan oleh segelintir pelajar menurut sisi pandangan Islam. Beliau mengatakan perbuatan cash out atau memindahkan kredit RM200 eBeliaRahmah ke dalam akaun adalah haram.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Hal ini kerana ia telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan yang mana hanya boleh digunakan dalam bentuk kredit di kedai fizikal sahaja.
Menurutnya, wang pemberian yang diberikan oleh sesebuah pihak, sekiranya diikat dengan syarat-syarat perjanjian tertentu, maka wajib dipatuhi dan tidak boleh bertindak sesuka hati menggunakannya.
Lanjutan itu, semua individu yang menerima eBeliaRahmah dinasihatkan supaya berpegang dengan syarat-syarat yang ditetapkan.