Di Ipoh, dua orang guru telah didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak atas pertuduhan pengabaian kanak kanak sehingga menyebabkan kematian.

Kejadian itu berlaku pada April 2023 yang lali. Di mana seorang kanak kanak lelaki terjatuh di dalam kolam renang dan meninggal dunia.

Menurut laporan portal Majoriti, Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad pada Selasa.

Kedua dua guru tersebut adalah orang yang bertanggungjawab terhadap V. Thanes Nair yang berusia empat tahun – ketika tragedi itu berlaku.

Tertuduh telah meninggalkan mangsa tanpa pengawasan sewajarnya di sebuah tadika di Sri Klebang pada 17 April 2023.

Pihak keluarga mangsa telah mendakwa pihak tadika cuai dalam pengurusan mereka.

Jika sabit kesalahan, kedua dua guru itu boleh didenda RM20,000 setiap seorang atau penjara maksimum 5 tahun, atau kedua duanya sekali.

Tertuduh juga perlu melakukan khidmat komuniti sehingga 240 jam secara agregat dalam tempoh enam bulan.

Peguam kepada Esther Christina, Gary Xavier meminta mahkamah membebaskan anak guamannya dengan ikat jamin munasabah. Ini kerana Eshther masih menjalani rawatan selepas pembedahan tumor otak.

Seterusnya, untuk Manisah, dia cuma bergaji RM1,900 sebilan dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat serjana. Dia dipotong gaji RM500 setiap bulan untuk program tersebut dan akan berkahwin buln hadapan. Itu akan memerlukan tertuduh menanggung perbelanjaan yang tinggi.

Lagipun kedua dua tertuduh sentiasa memberikan kerjasama sejak hari pertama dia didakwa, kata peguam itu lagi.

Hakim kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin setiap seorang, dan memerintahkan kedua-duanya tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai.