Dua jurulatih dari Malaysia menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo bagi mengharungi cabaran musim 2025/2026.
Baru-baru ini, Persis mengumumkan kehadiran Zulhazman Zulazwar sebagai penolong jurulatih dan Khairulanwar Isa sebagai jurulatih kecergasan pasukan.
Baca Juga:
- Ong Kim Swee Teruja Mulakan Babak Baharu Bersama Persik Kediri

- ‘Unbeaten’ Dalam 6 Perlawanan, Persis Solo Jauhi Zon Penyingkiran

- Selamatkan Persis Dari Tersingkir, Ong Kim Swee Mahu Kekal Di Solo

🇮🇩 Zulhazman Zulazwar and Khairulanwar Isa have joined Persis Solo's coaching team. pic.twitter.com/95QmB6Mvmv
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) July 7, 2025
Persis Solo Dapatkan Jurulatih Berpengalaman

Zulhazman pernah berkhidmat bersama pasukan Kedah pada 2016 sebelum dilantik sebagai Match Analys untuk skuad Harimau Malaya pada 2017 hingga 2021.
Selain itu, beliau juga pernah membantu Selangor selama satu musim pada 2022 hingga 2023.
Pada 2024, Zulhazman dilantik sebagai penganalisis perlawanan pasukan dan juga sebagai penolong jurulatih kepada Tan Cheng Hoe di kelab Thai League 1 iaitu Police Tero FC.

Khairulanwar merupakan jurulatih kecergasan dari Malaysia yang pernah berbakti di pelbagai kelab di seperti Selangor, Felcra FC, Kedah Darul Aman, dan Selangor FC Women pada tahun 2024.
Persis Solo turut melantik seorang jurulatih yang tidak asing dengan bola sepak Malaysia iaitu Peter de Roo sebagai pengganti kepada Datuk Ong Kim Swee.