Masyarakat muslim di Malaysia sentiasa menyambut bulan Ramadan dengan penuh kemeriahan. Dari dekorasi, makanan sehinggalah ibadat boleh dilihat betapa hebatnya warga tempatan meraikan kehadiran bulan mulia ini.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok @twowhitemuslims menunjukkan dua ‘Mat Saleh’ Muslim dikenali sebagai Mohammad Yusuf dan Junaid Rahim memuat naik video tentang ketibaan mereka ke Malaysia untuk menyambut Ramadan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@twowhitemuslims

Ramadan Mubarak! Malaysia 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 here we come #malaysiatiktok #islam #malaysiatik #ramadanfood

♬ original sound – @twowhitemuslims

Difahamkan mereka berdua telah melawat Malaysia pada Ramadan tahun 2023 bagi merasai sambutan masyarakat setempat semasa bulan penuh mulia ini.

Oleh disebabkan kemeriahan yang tidak terhingga pada tahun lalu, mereka membuat keputusan untuk menyambut bulan Ramadan sekali lagi di negara ini.

@twowhitemuslims

Preparing for Iftar at the NEGERI Ramadan Market #muslimtiktok #malaysiatiktok #iftar #ramadanfood

♬ original sound – @twowhitemuslims

Selain beribadah di pelbagai masjid seluruh negara, mereka juga berasa kagum dan teruja melihat bazar Ramadan yang terdiri dengan pelbagai jenis juadah menarik.

Di samping itu, terdapat warga tempatan yang juga menyantuni mereka sewaktu berada di Malaysia dan ada sepertinya sudah berkenalan lama dengan YouTuber itu.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah menyertai sesi berbuka puasa dan bermesra bersama penduduk tempatan pada semalam (14 Mac).

@twowhitemuslims

Beautiful AZAAN here in MALAYSIA #malaysiatiktok #muslimtiktok #islam #azaan

♬ original sound – @twowhitemuslims

Menerusi beberapa video lain, mereka juga memuji laungan azan yang dilaungkan oleh masjid-masjid di Malaysia.

Yusuf dan Rahim dilihat mengukirkan senyuman sewaktu mendengar laungan azan di sebuah masjid sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

Malah, mereka turut menghayati azan dikumandangkan oleh bilal dan seolah-olah menjiwai suara merdu si muazin melafazkan laungan azan solat Subuh itu.

Pada ketika ini, mereka kerap sekali memuat naik konten di Malaysia dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain untuk melihat keunikan sambutan di sini.