Dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada dalam radar Terengganu FC (TFC) bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut laporan wartawan tempatan, T. Avineshwaran, TFC dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun begitu, kepulangan Safawi ke Terengganu paling banyak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan kerana beliau sememangnya berasal dari sana.

Menurut sumber Harian Metro, bekas pemain T-Team itu boleh dikatakan semakin hampir ke Terengganu musim depan.

“Jika diikutkan dia (Safawi) hampir pasti sertai Terengganu pada musim depan namun belum ketahui sama ada secara pinjaman atau sebaliknya,” kata sumber itu.

Pengendali skuad ‘Penyu’, Tomislav Steinbruckner sebelum ini turut mengakui dia memang berminat untuk mendapatkan khidmat Safawi bagi menajamkan bahagian serangan.

“Sudah tentu saya berminat dengan pemain yang ada kualiti seperti Safawi. Dia pernah bersama dalam pasukan saya pada 2015 dan dia adalah pemain yang berpengalaman.

“Memang saya ada beberapa pemain sayap tetapi mereka tidak berada pada tahap yang sama dengan Safawi,” katanya pada bulan April lalu.

Safawi pernah beraksi bersama pasukan T -Team selama dua tahun sebelum menyertai Harimau Selatan pada 2017.

Sepanjang bersama JDT, Safawi sudah menjaringkan 27 gol daripada 87 penampilan namun sejak kebelakangan ini sering memanaskan bangku simpanan.

Aksi konsisten yang dipamerkan oleh Arif Aiman Hanapi menyebabkan namanya tenggelam selama dua musim.