Dua pemain Malaysia dilaporkan tidak dapat menyertai skuad ASEAN All Stars bagi aksi persahabatan menentang Manchester United.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal namun beliau tidak menyebut pemain mana yang tidak menyertai pasukan.
Baca Juga:
- ASEAN All Stars: Senarai Penuh Pemain Untuk Aksi Menentang Manchester United
- Kim Sang-sik Bimbing ASEAN All Stars Bertemu Manchester United
- Shin Tae-yong Jadi Pilihan ‘Manage’ Asean All Stars Lawan Man United
2 daripada 3 pemain difahamkan tak dapat join skuad ASEAN All-Stars, namun akan digantikan pemain lain. Calon terbaru, pertahanan dan salah seorang ialah pemain kacukan! 🔜👱🏻♂️🧑🏾🦱 https://t.co/9kCsgoPcth
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 22, 2025
Pemain Malaysia Yang Lain Akan Ganti
Menurutnya lagi, beberapa pemain sudah dikenal pasti bagi menggantikan pemain yang tidak dapat menyertai pasukan.

Antara calon yang dikenal pasti ialah seorang pemain pertahanan dan juga seorang pemain warisan yang akan diumumkan kelak.
Sebelum ini, tiga pemain Malaysia dipilih bagi membarisi ASEAN All Stars yang akan turun bertemu Man United pada 28 Mei ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Tiga pemain yang dipilih ialah Haziq Nadzli, Dominic Tan dan kapten Sri Pahang iaitu Sergio Aguero.
Anda boleh lihat senarai pemain yang dipanggil skuad ASEAN All Stars di sini.

Kali terakhir Manchester United bermain di Malaysia ialah pada 2009 dan lawatan mereka ke Hong Kong sebelum ini ialah pada 2013.