Sebelum ini dilaporkan bahawa ada wanita menzahirkan rasa tidak puas hati apabila anaknya hanya menerima duit raya bernilai RM5 sahaja dan rungutannya menerima kecaman hebat netizen.
Terbaharu, pelakon Diana Danielle dalam satu hantaran di laman X mengatakan bahawa ramai orang yang masih tidak faham mengenai pemberian duit raya bukan satu kewajipan sebaliknya sebahagian daripada sedekah seikhlas hati.
Baca Juga:
- Wanita Tak Puas Hati Anak Cuma Dapat Duit Raya RM5 Sahaja
- ‘Saya Dah Kaya’ – Pelakon Thailand Tolak Duit Raya Dari Peminat Buat Netizen Terhibur
- 6 Cara Untuk Guna Duit Raya Anda Dengan Lebih Baik
Skrg ni org tak faham ke duit raya tu bukan wajib but a form of sedekah yg ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang tu. Seringgit ke seratus ringgit ke enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled and judge sangat dah kenapa. Sampai kata kalau byk ni baik takyah bagi, apa…
— Diana Danielle (@ImDianaDanielle) April 13, 2024
Menurutnya, seharusnya mereka yang menerima duit raya bersyukur dengan apa sahaja nilai duit diberi dan seronok meraikan hari raya.
“Seringgit ke seratus ringgit ke enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled and judge sangat dah kenapa. Sampai kata kalau banyak ni baik tak payah bagi, apa ingat nafkah ke?” tulisnya.
Malah, dia juga berkongsi bahawa dia menerima duit raya bernilai RM10 daripada pak ciknya dan bersyukur kerana masih menerima duit raya serta hatinya rasa berbunga.