Pelakon, Dynas Mokhtar menjadi sebutan di media massa pada hari ini beliau berkongsi bahawa mendapati wang simpanan dalam akaun peribadinya lesap secara tiba-tiba.

Kata Dynas lagi, perkara tersebut disedari selepas ingin membuat pembayaran gaji pengurusnya dan wujud beberapa transaksi asing membabitkan akaun simpanan yang berada di luar pengetahuannya.

Sumber Gambar: KopiPlanet.com

“Saya kehilangan hampir kesemua duit saya. Beberapa hari lalu semasa saya pulang ke rumah dari menjalani penggambaran, saya mahu bayar gaji pengurus.

“Selepas itu, baru saya sedar hampir semua duit saya hilang. Saya cuma ada akaun semasa iatu debit kad tetapi tiada kad kredit.

“Apabila saya periksa kenyataan bank, ada pemindahan duit yang pelik menggunakan mata wang negara lain,” katanya menerusi hantaran Instagram semalam.

Bagaimanapun,  beliau tidak mahu berkongsi butiran selanjutnya mengenai bank mahupun jumlah kerugian.

“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana masih dalam siasatan. Saya sudah buat laporan polis.

“Ramai yang bantu saya ketika ini tetapi doakan saya dapat kembali wang saya.

“Saya tidak mahu benda ini berlaku kepada orang lain. Sekarang bukan hanya klik pautan tetapi nombor kad debit juga perlu berhati-hati,” ujarnya lagi.

Beliau juga memberi saranan agar orang ramai menyimpan wang di tempat yang lebih selamat.

“Kalau orang tiru kad awak, (memang)  habis. Ini simpanan dan itu sahaja yang ada. Kononnya tidak mahu berhutang tetapi semua wang tunai hilang,” jelasnya lagi.

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun IG peribadinya pada hari semalam ternyata meraih perhatian ramai yang mana cukup prihatin akan nasib malang yang ditimpanya.

Sumber Gambar: IG @dynasmokhtar
Sumber Gambar: IG @dynasmokhtar

Oleh itu, ramai yang mendoakan agar beliau boleh mendapatkan semula wang yang hilang di dalam akaun peribadinya. Dalam pada itu, orang ramai juga mengambil iktibar dan akan lebih berwaspada dalam menjaga wang simpanan masing-masing.