Setakat Januari hingga November tahun ini, sebanyak 32,462 kes scam online dengan nilai kerugian sebanyak RM1.3 bilion telah dicatatkan dalam Malaysia.

Memetik Berita Harian, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 37.5 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 23,608 kes membabitkan nilai kerugian RM771.1 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jenayah e-dagang mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 10,993 dengan kerugian sebanyak RM382 juta sepanjang Januari hingga November tahun ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

“Manakala, kes pelaburan tidak wujud mencatatkan jumlah kerugian paling tinggi sebanyak RM421 juta.

“Terdapat sebanyak 9,526 kes jenayah telekomunikasi dan 2,006 kes jenayah e-kewangan, masing-masing mencatatkan kerugian RM327.9 juta dan RM103.6 juta.

“Bagi love scam, terdapat sebanyak 883 kes membabitkan kerugian RM40.9 juta dan 4,018 kes pinjaman tidak wujud dengan kerugian RM38.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Scam Free Malaysia di Pusat Pameran Pavillion Bukit Jalil baru-baru ini.

Ramli berkata, pihak polis menjangkakan kes-kes penipuan dalam talian akan terus meningkat seandainya langkah-langkah pencegahan sewajarnya tidak diambil dari sekarang.

Katanya, masyarakat perlu cakna dengan isu penipuan dalam talian yang boleh mengakibatkan kerugian berbilion Ringgit.

Sumber Gambar: BERNAMA

“Ramai yang mudah sangat terpengaruh menjawab telefon dan ditakutkan dengan scammer.

“Malah ada kes-kes pelaburan umpamanya, membabitkan jutaan Ringgit. Ini adalah keadaan yang sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.

“Harap orang ramai fahamlah, pelaburan ini bukan mudah-mudah, kita pelawa-pelawa begitu.

“Pelaburan sebenar antaranya perlu mempunyai jaminan daripada Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Bukan yang kita jumpa dalam Whatsapp, atau Telegram. Tolonglah jangan percaya,” tegasnya.

Dalam pada itu, aplikasi Whoscall Malaysia berkolaborasi dengan jabatan JSJK untuk menyenaraikan nombor-nombor telefon yang disyaki scammer ke dalam aplikasi mereka.

Difahamkan integrasi antara Sistem Semakmule milik JSJK dan Whoscall membolehkan 318,147 nombor telefon scammer disenaraikan ke dalam aplikasi berkenaan.

Kolaborasi tersebut telah membuahkan hasil, sebanyak 50 peratus penurunan dalam kadar menjawab telefon yang direkodkan iaitu 66,810 kepada 34,996 panggilan dijawab.

Sumber