Bekas tentera marin Indonesia, Sarjan Satria Arta Kumbara merayu kerajaan negaranya membantu dia menamatkan kontrak dengan tentera Rusia di bawah Menteri Pertahanan Rusia.
Akibat kontrak yang dia tandatangani dengan Kementerian Pertahanan Rusia, Satria Arta Kumbara telah melepaskan kewarganegaraan Indonesianya.
Dan kini dia menyesal dengan apa yang berlaku dan berharap kerajaan Indonesia mengambilnya pulang. Ianya dengan membantunya secara diplomatik untuk menamatkan kontrak dengan tentera Rusia.
Permintaan dia yang seterusnya adalah dia berharap akan dapat kembali menjadi warganegara Indonesia sekali lagi.
Sebelum ini Sarjan Satria Arta Kumbara menyertai operasi ketenteraan Rusia menyerang Ukraine. Tindakannya itu membuatkan dia dilucutkan status sebagai tentera marin Indonesia pada 2023.
Difahamkan dia ‘kantoi’ menyertai operasi Rusia itu kerana selamba memuat naik menayangkan keterlibatannya dalam tentera Rusia di media sosial.
Sertai Rusia dan AWOL
Sedangkan ketika itu dia sepatutnya bertugas di Indonesia. Namun dia telah menghilangkan diri daripada tugasannya atau AWOL. Alangkah terkejutnya kerajaan Indonesia apabila dia berseragam tentera Rusia terlibat dalam misi negara itu di Ukraine.
Ianya sangat bercanggah dengan pendirian Indonesia yang tidak menyokong mana mana tindakan serangan ketenteraan di negara lain.
Akhirnya dia dipecat serta merta kerana ponteng daripada tugasannya tanpa izin.
Beneran cik https://t.co/jCos3sGgle pic.twitter.com/M0O2jeMumm
— Operatorlistrik28 (@Blackburger_28) May 8, 2025
Salah satu sebab dia menyertai tentera Rusia adalah kerana tawaran gaji jauh lebih lumayan. Menurut sumber di Indonesia, tentera negara itu antara yang kerap dipancing oleh Rusia untuk menyertai mereka secara kontrak dan secara senyap senyap.
Dan kini dia merayu kerajaan Republik Indonesia untuk membantunya pulang semula ke Indonesia sebagai warganegara Indonesia.
“Assalamualaikum kepada yang berhormat Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Timbalan Presiden Gibran Rakabuming Raka dan Menteri Luar Negeri Sugiono.
“Minta izin untuk bersuara, saya mahu meminta maaf sebenarnya kerana ketidaktahuan saya – di mana saya telah menandatangani kontrak ketenteraan Rusia yang boleh mengakibatkan kerakyatan saya sebagai orang Indonesia terlucut.
“Saya tidak pernah mengkhianati negara sama sekali, saya ke sini hanya untuk mencari nafkah cukup Allah sebagai saksi.
“Saya keluar dari rumah dengan cuci kaki dan doa restu lalu berangkat ke sini. Kerana hal itu, kewarganegaraan saya telah dilucutkan.
“Dengan ini saya meminta budi bicara daripada tuan Prabowo, wakil presiden dan Menteri Luar, bantulah saya untuk menamatkan kontrak saya dengan tentera Rusia serta dikembalikan semula hak kewarganegaraan saya untuk kembali ke Indonesia.
“Hanya Prabowo yang mampu membantu saya menamatkan kontrak dengan Rusia menerusi perbincangan dengan presiden Rusia, Vladimir Putin, dan juga ketentuan dari Allah.”
Mahu status warganegara Indonesia dikembalikan
Akhir sekali dia benar benar berharap dapat balik kewarganegaraan Indonesia yang menurutnya: “Ia adalah segala galanya bagi saya dan tiada ternilai harganya.”
Ex-Indonesian Marine who joined the Russian Army in Ukraine begs Indonesian Govt to help him terminate his contract with 🇷🇺 MoD, return to 🇮🇩, and restore his 🇮🇩 citizenship. He apologizes, saying that joining 🇷🇺 force is not worth losing his citizenship and he did it only for 💵 https://t.co/Xj09ptgE4P pic.twitter.com/xQlmJLsuTT
— JATOSINT (@Jatosint) July 21, 2025
Permintaan tersebut mendapat reaksi berbeza netizen Indonesia. Ada yang berpendapat bahawa, Satria bukan lagi warganegara Indonesia dan negara itu tiada keperluan untuk melayan permintaannya untuk menamatkan kontrak dengan tentera Rusia yang pasti akan ada kos tersendiri untuk ditanggung.
Selain itu yang lain berkata, apabila seseorang itu sudah hilang status kewarganegaraan Indonesia, ianya adalah sangat rumit untuk dia memohon semula. Jika Satria mahu tinggal di Indonesia, dia harus tinggal sebagai warga asing.
Netizen seterusnya menyatakan bahawa: “Saya ada kawan berkahwin dengan wanita Rusia. Saya tanya, sanggup ke dia jadi warganegara Rusia. Dia tak mahu. Dan isterinya pun lebih suka jadi warganegara Indonesia. Ini kerana pasport Indonesia itu lebih senang untuk mereka bergerak atau melancong berbanding Rusia yang berdepan banyak sekatan.”