Sebelum ini, penutupan taman tema MAPS di Perak menyaksikan keadaan di taman tema tersebut menjadi suram dan terbengkalai.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @eiffajamalulail telah berkongsi gambar keadaan terkini Bandar Agacia yang terletak di Kampar, Perak. Dahulu, bandar ini meriah dengan kedatangan pelancong disebabkan struktur bangunannya yang unik.
Bandar agacia kampar..just like abandoned town..not worth to go😣 pic.twitter.com/wWS8ATniJA
— che’ pah🇲🇾🇵🇸 (@eiffajamalulail) January 16, 2022
Akan tetapi, Bandar Agacia ini kini sepi tanpa kehadiran pengunjung dan banyak kedai sudah gulung tikar disebabkan tidak mampu untuk meraih keuntungan. Bukan itu sahaja, cat bangunan juga kelihatan luntur seperti tidak diselenggara.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen menzahirkan rasa sayang destinasi cantik ini ‘mati’ seperti ini serta bimbang akan ditutup selamanya seperti taman tema MAPS.
https://twitter.com/berasbasmathi/status/1482896180296417280
Dekat Perak, banyak jadi macam ni. Awal2 sahaja hype then abandoned. https://t.co/PJLkzVlGhz
— 𝙼𝚘𝚐𝚞 𝙼𝚘𝚐𝚞🍉 (@Qirani21) January 17, 2022
1. Sewa mahal
2. Tempat tak strategik
3. Projek gajah putih
4. Pengurusan tak efisien https://t.co/JbBbrJKXrr— A|R (@mhdazmnrlsn) January 17, 2022
Setuju aku pernah pergi. Indah khabar dari rupa. Ada sesetengah kedai yang ada banyak sampah di dalamnya.
Aku tak pasti adakah ni mock town ala2 Colmar Bukit Tinggi atau bandar betul, sebab ada juga nampak papan tanda restoran yang janggal dengan suasana situ. https://t.co/hHNhEh8M2O
— SejaFi 🇲🇾 | Pray4Palestin🇵🇸#BebasAtauPartition (@azdn_twider) January 16, 2022
This was in 2019…hugeee difference dah pic.twitter.com/3BEOWeOmgS
— che’ pah🇲🇾🇵🇸 (@eiffajamalulail) January 16, 2022
Malah, para netizen turut rasa sedih melihat keadaan di sana dan ada juga netizen berkongsi keadaan tempat tersebut sebelum ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi ‘kegagalan’ tempat ini untuk terus maju.
Sementara itu, lihat keadaan taman tema MAPS yang telah ditutup pada pautan di bawah ini.
Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih
Terbesar Di Malaysia, ‘Maze Park’ Di Perak Ini Bakal Jadi Tumpuan Terbaru Pelancong