Hafidz Roshdi kini telah memulakan kerjaya baru sebagai penghantar Lalamove demi terus mencari rezeki yang halal buat keluarga serta mahu memberikan nafkah untuk anak-anaknya.
Walau bagaimanapun, Hafidz meluahkan rasa kesal apabila dia mendapati ada beberapa pihak yang menghina pekerjaannya itu menerusi Instastory miliknya.
Baca Juga:
- Hafidz Roshdi Tak Hadir Mahkamah, Nama Ibu Shuhada Ditambah Sebagai Penjaga Anak
- Berlaku Kesulitan Untuk Berjumpa, Hafidz Roshdi Mohon Tuntutan Hak Jagaan Penuh Anak-Anak
- ‘Apa Pun Orang Kata, Saya Biarkan Sahaja’ – Hafidz Roshdi Akui Lebih Bahagia Bersama Cinta Pertama
“Saya gembira sahaja kerja dengan Lalamove tetapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ini.” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, dia juga memohon orang ramai mendoakannya dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat bekerja demi menafkahi anak-anak.
Sebelum ini, bekas isteri Hafidz iaitu Nur Shuhada memaklumkan aktor itu culas membayar nafkah anak-anak dan hanya memberi RM100 setiap seorang anak mereka.